fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Pasca Bajet 2021: Adakah Anda Sudah Merancang Kewangan Anda Secara Total?

Selain isu Covid-19, tumpuan rakyat Malaysia kini terarah kepada pasca pembentangan Belanjawan 2021 yang disempurnakan Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz beberapa hari lalu.

Banyak cakap-cakap yang mengatakan Bajet kali ini lebih menjurus kearah ketahanan dan pemulihan ekonomi semasa yang terkesan akibat isu global sebelum ini.

Malah ada kritikan tertentu yang mempertikai beberapa peruntukan yang disalurkan kepada ‘bahagian yang tidak penting’ buat masa kini.

Bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’, Belanjawan kali ini dirangka berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Ia merangkumi tiga matlamat induk iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi.

Ringkasnya, peruntukan kali ini dilihat menyasarkan pemulihan kesihatan yang melibatkan gelombang ketiga C0vid-19 bernilai lebih RM1 bilion serta kos bekalan vaksin sebanyak RM3 bilion.

Lebih mendapat perhatian adalah had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.

Kerajaan akan naikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Ini dilihat dapat membantu golongan tertentu untuk menjimatkan kos bayaran cukai seterusnya mampu memberi perhatian kepada kos kesihatan kendiri disamping simpanan kecemasan secara individu.

Manakala seramai 8.1 juta orang bakal menerima Bantuan Prihatin Rakyat yang diperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion.

Kredit: Kosmo! Online

Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan terima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua orang anak atau lebih terima bantuan RM1,800.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan terima bantuan BPR RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima bantuan RM1,200.

Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 yang mempunyai seorang anak terima bantuan RM500, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima RM750.

Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima bantuan RM350 dengan syarat had umur individu bujang diturunkan daripada 40 tahun sebelum ini kepada 21 tahun.

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan RM6,000.

Kredit: Kosmo! Online

Ia sekaligus dapat memberi manfaat kepada golongan yang terkesan khususnya bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun untuk kegunaan simpanan kecemasan.

Bagaimanapun sebagai penerima peruntukan Bajet tahun hadapan, adakah anda sudah merancang kewangan anda secara total?

Belanjawan 2021 secara keseluruhan dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan yang terkesan khususnya bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun untuk kegunaan simpanan kecemasan.

Kami di DAG sedia membantu anda untuk menjana pendapatan sendiri dengan modal yang rendah.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Usah buang masa lagi, buat pilihan yang bijak dan didik diri anda untuk jadi usahawan yang berjaya.

Ramai yang terbukti berjaya dengan DAG, daripada seorang surirumah kepada usahawan hebat.

Ada yang dibuang kerja tetapi mampu menjana ribuan ringgit dengan hanya menjual bantal.

Malah ada juga yang bangkit selepas rugi beratus ribu dan kembali tersenyum selepas bersama DAG!

Bagaimana caranya?

Hanya klik usahawan  dan team kami akan bantu anda menjadi usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

 

Baca: Hembusan Laut Dalam Kamar Tidur Anda? Nantikan 10.11 Ini

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved