Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2022 adalah bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 1 Julai 2022.

Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas.

Penetapan Keluarga Malaysia Teguh Bersama sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 65 atau Hari Malaysia (Malaysia Day) ke 59 tahun 2022 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Perkataan ‘Keluarga Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-sama dengan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

‘Teguh Bersama’ pula bermaksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Mengambil Peluang Menghayati Makna Sebenar Kemerdekaan Selain Logo dan Tema, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.

Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini Generasi muda pasti menganggap merdeka itu hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir