Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berapa kerap anda harus menukar cadar dan sarung bantal?

 

SEKIRANYA sudah ‘beberapa’ lama sejak menukar cadar (atau sejujurnya, anda lupa bila kali terakhir membasuh cadar), anda dalam kumpulan yang betul. Secara purata, rakyat Amerika berkata mereka menukar cadar setiap 24 hari, berdasarkan kajian terbaru Mattress Advisor. Bagaimanapun kebanyakan menganggap cadar benar-benar kotor selepas lebih sebulan tidak diganti.

Memandangkan kita tidak berupaya mengesan bau tubuh sendiri, anda barangkali tidak menyedari bau busuk pada cadar, kata Laura Goodman, saintis senior dari P&G Fabric Care. Samada mereka berbau atau tidak, cadar yang tidak dibasuh mendorong kepada sesetengah isu kesihatan dalam jangka masa panjang, seperti masalah kulit, jerawat dan reaksi alahan terhadap habuk dan hama.

Jadi berapa lama dianggap terlalu lama sebelum menukar cadar yang lebih bersih? Di bawah diberikan panduan berapa kerap anda perlu membasuh cadar dan sarung bantal. Dan mengapa anda harus melakukannya.

Jadi berapa kerap anda perlu membasuh sarung bantal dan tilam? Aturan umum, anda seharusnya mencucinya setiap satu atau dua minggu, kata Goodman. Ia perlu sekiranya anda dan pasangan berpeluh, menjalinkan hubungan intim, tidur tanpa pakaian atau berkongsi tempat tidur dengan haiwan peliharaan. Anda mengotorkan ruang katil lebih banyak berbanding sekiranya anda tidur seorang dengan mengenakan baju tidur. Sekiranya semua di atas adalah benar, anda harus mencuba menukar sekali seminggu.

 

Info: Sekiranya mudah terkena jerawat, anda mungkin perlu menukar sarung bantal dan tilam lebih kerap (mungkin 2-3 kali seminggu), seperti yang dinyatakan American Academy of Dermatology (AAD). Begitu juga sekiranya anda cenderung tertidur tanpa membersihkan mekap, mencuci rambut hanya beberapa kali seminggu atau mengenakan banyak pelembap sebelum tidur, kata Goodman.

Apakah yang terjadi sekiranya tidak menukar sarung bantal dan tilam dengan kerap?

Pertama, terdapat faktor yang tidak menyenangkan: setiap jam, anda menyingkirkan sekitar 200 juta sel kulit mati (yang boleh menjangkau sehingga 1.4 bilion bagi setiap malam, sekiranya anda tidur dengan pasangan). Sel kulit mati ini tersebut kemudian menjadi makanan hama.

Makhluk halus ini tidak membawa penyakit, tetapi anggota badan dan bahan buangannya adalah punca utama alahan, seperti yang dijelaskan oleh Asthma and Allergy Foundation of American (AAFA). Sekiranya tidak kerap menukar sarung bantal dan cadar, anda boleh mengalami bersin hingga hidung berair atau bagi kes yang lebih ekstrem, berdehit atau sukar bernafas, kata Goodman.

Selain hama, terdapat kotoran, mekap, losyen dan pencemar alam sekitar, sekadar menamakan beberapa, kata Dr. Joshua Zeichner, Pengarah Kajian Klinikal dan Kosmetik dalam bidang dermatologi di Pusat Perubatan Mount Sinai, New York City. Ditambah pula dengan peluh, minyak tubuh, cecair dari aktiviti seksual dan bulu haiwan peliharaan, dan anda mempunyai cadar yang kotor.

Kesemua bahan-bahan tersebut terkena pada kulit sewaktu anda tidur, yang boleh menimbulkan banyak masalah – dari iritasi kulit hingga jerawat dan kemungkinan jangkitan (walaupun ia merupakan senario kes paling teruk), kata Dr. Zeichner. Sekiranya kulit anda merupakan jenis kering atau sensitif, ekzema atau rosacea, anda adalah paling berisiko disebabkan halangan kulit (lapisan paling atas) sudah lemah.

Apakah yang lebih teruk? Mikroorganisme seperti bakteria dan kulat cenderung untuk membiak dalam persekitaran lembap termasuk bantal yang kotor, kata Dr. Zeichner.

Tetapi bagaimana sekiranya anda tidak mempunyai masa mencuci cadar dan sarung bantal setiap minggu?

Goodman mencadangkan, memandangkan kita semua amat sibuk, terutama jika perlu menghantarnya ke kedai dobi. Penyelesaian paling mudah adalah mempunyai stok sarung bantal dan tilam. Simpan tiga set cadar dan gunakannya setiap satu atau dua minggu. (Dicadangkan set kegemaran adalah linen, cooling atau sutera).

Apabila mempunyai masa mencuci cadar, pastikan anda mengikut arahan berdasarkan label untuk membasuh dan mengeringkan cadar yang spesifik (lazimnya cara terbaik membasuh cadar yang terdiri daripada campuran poliester adalah menggunakan air suam, sementara kain kapas lebih berdaya tahan walaupun menggunakan air panas), kata Goodman.

Sekiranya perlu, pilih suhu basuhan paling panas untuk membunuh hama, kata AAFA. Dan perlu diingat mengasingkan cadar berdasarkan warna – gelap atau merah boleh menjadi pudar atau menyerap ke cadar yang lebih cerah warnanya, sekiranya tidak berhati-hati.

Anda diingatkan untuk tidak menuangkan satu jag cecair pencuci walaupun anda seperti berasa ingin melakukannya disebabkan cadar yang ingin dicuci sangat kotor. Menggunakan cecair pencuci secara berlebihan berbanding bahan cucian boleh mendorong molekul detergen memenuhi ruang-ruang pada cadar, yang malangnya boleh menyebabkan iritasi pada kulit, kata Dr. Ziechner.

Sekarang, sewaktu membuka cadar, sediakan bakul kotor dan kemaskan katil anda. Ingatlah: tiada yang lebih mewah berbanding berbaring di atas cadar yang kering dan bersih.

Credit : www.kolumsihat.com

Sarung Bantal DAG

– Kain dari bahan Microfiber 700TC (semakin tinggi jumlah TC – Thread Count, semakin lembut kain)
– Saiz besar mengikut standard hotel 20in x 30in
– Lembut dan selesa digunakan
– Tahan lama & tak mudah berbulu
– Boleh dibasuh
– Warna tak luntur walaupun basuh berkali-kali
– Hanya RM15/pc

Berminat boleh dapatkan di sini » http://wasap.my/+60199000815/BPillowCAse

Berapa kerap anda harus menukar cadar dan sarung bantal?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir