Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berkat Kesabaran Dan Titik Peluh, Kedai Bantal Kak Miah Kini Sederet Dengan Bank!

Jalan diatur wanita ini dalam perniagaan bermula sekadar suka-suka malah tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencapai apa yang dihajati sebelum ini.

Bermula sejak empat tahun lalu, Salmiah Ismail, 35, pernah berangan untuk memiliki sebuah kedai bantal milikan tunggal satu hari nanti.

Meskipun hanya menjual bantal, ketika itu ia sedikit sebanyak dapat membantu meraih keuntungan sampingan sebagai seorang suri rumah.

Bagaimanapun tanggal 3 Oktober lalu, sebuah kedai bantal miliknya berada sebaris dengan insititusi terkemuka di Pearl Avanue, Sungai Chua, Kajang.

Bercerita mengenai awal penglibatannya, Salmiah atau lebih dikenali sebagai Kak Miah Global berkata premis itu merupakan hasil ‘upgrade’ daripada dua kedai sebelum ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.

“Mula-mula berniaga tak pernah terfikir nak buka kedai, hanya suka-suka untuk cari duit tambahan. Tetapi selepas setahun, Tuan Das cadangkan saya buka kedai.

“Ia bagi membolehkan pelanggan datang secara ‘walk-in’ bagi merasa dan menyentuh bantal sebelum membelinya.

“Kedai pertama saya di tingkat satu sebuah bangunan pada 2018, kemudian selepas setahun saya berpindah di shop lot yang baharu juga di tingkat satu tetapi masalah yang sama berlaku iaitu pelanggan terpaksa menghadapi masalah parkir dan masalah lain.

Bangga dengan pencapaian diperoleh hari ini, wanita berusia 35 tahun itu tekad untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Pada awalnya Kak Miah berkata dia tidak berapa yakin untuk menyewa kedai dengan nilai yang besar.

Bagaimanapun katanya secara tidak sengaja Tuan Das telah meyakinkan dia untuk membesarkan team dengan mengambil risiko membayar sewa sebanyak RM1800 sebulan.

“Kena yakin dan tak boleh takut-takut. Kalau nak berjaya kena ambil risiko. Itu yang Tuan Das pesan.

“Sekarang Kak Miah sedang dalam proses untuk mengembangkan bisnes dan mencari kakitangan untuk membantu saya menguruskan kedai,” katanya ketika dihubungi.

Tanpa berselindung Kak Miah turut mengakui telah membelanjakan sebanyak RM15,000 sebagai modal untuk menaiktaraf perniagaannya.

Bagaimanapun katanya sehingga 14 hari pembukaan premis itu, dia berpuas hati dengan jualan harian secara offline di kedainya.

Ia disebabkan kedudukan kedainya yang terletak sederet dengan premis makanan dan bank yang menjadi tumpuan orang ramai.

“RM15000 itu semuanya menggunakan duit bantal, Alhamdulillah setiapa hari ada sahaja orang datang.

“Pelanggan yang beli roti kat kedai sebelah secara sengaja singgah dan beli empat biji bantal. Alhamdulillah setakat ini sangat berpuas hati,” ujarnya.

Kak Miah sebelum ini pernah membuat rawatan mata yang dikenali sebagai Relek Smile pada 3 Julai lalu di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre PMELC, Bangi.

Lebih mengejutkan, kos rawatan yang berjumah RM12,600 dibayar dengan menggunakan hasil jualan bantal sepenuhnya.

Selama lebih empat tahun berada dalam komuniti usahawan DAG, dia berjaya memperoleh jualan tahunan lebih RM170 ribu pada 2019.

 

Baca: “Selamat Tinggal Kaca Mata”

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved