Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Balik sekolah terus pergi kutip hutang…” – Berniaga Sejak Bangku Sekolah, Kuatnya Kak Yah Dari Semangat Bondanya

Memiliki sebuah kedai bantal bertempat di Ampang waterfront dengan bantuan empat kakitangan masih tidak mencukupi bagi wanita itu.

Katanya dia mempunyai impian yang tinggi setanding pencapaian ibunya yang dianggap sifu dalam perniagaan.

Enggan berada dalam zon selesa, pemilik nama Raja Izni Munirah Raja Omar yang mesra dipanggil Kak Yah berkata dia sebolehnya mahu mencabar diri sehingga mencapai tahap yang diinginkan.

“Kak Yah mula berniaga sejak dari bangku sekolah, ketika itu saya ‘dipaksa’ berniaga, pernah rugi beratus ribu dalam perniagaan homestay dan macam-macam lagi jatuh bangun berniaga sebelum jumpa DAG,” katanya memulakan perbualan.

Mengidolakan ibunya sebagai mentor dalam dunia perniagaan, Kak Yah berkata tanpa tunjuk ajar yang ‘agresif’ daripada ibunya, dia tidak mampu bertahan sehingga sekarang.

Malah dia turut meletakkan sasaran yang tinggi sebaris dengan kejayaan ibunya untuk mencapai tahap ‘kepuasan peribadi’.

“Kalau boleh saya nak jadi macam ibu saya, ‘babil’ (keras kepala) dalam berniaga. Ini belum cukup, saya belum konsisten. Saya nak lebih lagi!

“Saya sedang cari kakitangan, mereka tak sempat nak handle semua sekali gus. Saya kena cukupkan kakitangan bagi membolehkan bisnes saya berkembang,” ujarnya.

Kejayaan yang diukir hari ini adalah hasil daripada kesusahan semalam. Iltizamnya wanita ini adalah daripada semangat ibu bapa, suami dan anak-anaknya.

Mengimbas kembali memori lebih belasan tahun lalu, ibu kepada lima cahaya mata itu berkata pelajaran awal dalam perniagaan yang diperolehi adalah ketika di alam persekolahan.

Ia berlaku setelah ibunya membuat keputusan berhenti kerja sebagai kakitangan awam untuk fokus dalam bisnes sepenuh masa.

Ketika itu katanya dia dipaksa bekerja sebagai kuli – yang membolehkan dia berpengalaman dalam bidang perniagaan sejak belasan tahun lalu.

Ujarnya dia diberi tanggungjawab dengan peranan besar dalam perniagaan ibunya yang merupakan pembekal batik dan tudung.

“Kebanyakkan pelanggan ibu adalah pemborong kedai kain dan baju di sekitar Kelantan.

“Ketika saya di tingkatan empat, balik sekolah saya terus pergi kutip hutang. Malu, segan tak payah cakap tapi terpaksa buat sebab dah memang kerja saya.

“Saya dipertanggungjawabkan oleh ibu saya. Sejak dari kecil diajar berdikari dan melihat kesusahan ibu berniaga. Saya cakap pada diri, setakat jual bantal apa lah sangat..

Mencipta banyak kenangan manis selama empat tahun bersama DAG.

Bagaimanapun ketika itu dia tidak melihat pengalamannya sesuatu yang sangat berharga dan menjadi guru terbaik dalam urusan perniagaannya.

Dan kini dia melihat pengalaman membantu ibunya sebelum ini adalah guru terbaik dalam selok belok perniagaan.

“Lepas balik sekolah, tolong ibu dengan berbaju sekolah, gantung batik, jaga kedai, angkat stok, itu semua dah jadi asam garam, langit dah gelap baru pulang ke rumah.

“Sampaikan pada satu ketika saya pernah cakap pada ibu ‘Mak, bila dah besar nanti Yah tak nak berniaga!’ sebab saya tahu macam mana struggle nak dapatkan jualan.

“Kuatnya, cekalnya, tabahnya ibu saya dalam berniaga tiada siapa boleh lawan. Dia laluinya dengan semangat yang kuat tanpa jemu sehingga kini walaupun sudah berusia …. kerana itu saya meletakkan ibu dan bapa dikedudukan tertinggi dan kerana merekalah saya disini”, katanya.

Pengalaman itu sekaligus mendatangkan perasaan minat tanpa sengaja. Malah katanya ketika melangkah ke alam universiti, Kak Yah tidak melepaskan peluang untuk berniaga secara kecil-kecilan.

Minatnya itu seterusnya membawa kepada pembukaan sebuah homestay atau hotel bajet di tengah bandar Kota Bharu, sejurus selepas tamat belajar dengan modal lebih RM100,000.

Bagaimanapun homestay berkenaan tidak mampu bertahan lama dek kerana beberapa masalah sosial yang membuatkan dia nekad meninggalkan perniagaan itu.

Salam seorang penerima hadiah bahagian korban ketika Aidiladha untuk dua tahun berturut-turut.

“Malah ketika zaman universiti saya aktif berniaga tudung bawal tampal manik batu.. Memang susah, setiap minggu balik ambil stok di kampung dengan bas, ketika tu saya mengandung.. kalau ingat balik dapat rasa betapa semangat berniaga tu lain macam walaupun jual murah-murah laku, student bayar cash.. seronok.. laku…

“Bukan kata tak ada sambutan, orang sentiasa ada sebab homestay tu terletak di tengah bandar tetapi disebabkan ada masalah sosial, saya tak nak tanggung dosa.. jadi saya putuskan untuk tinggalkan perniagaan itu sebelum berpindah ke ibu kota pada 2010.

“Di Kuala Lumpur (KL), saya berniaga batik secara online, menggunakan akaun Facebook personal tapi untungnya tidaklah besar mana cuma boleh lah sambil-sambil jaga anak kecil tiga orang.

“Kemudian pada 2012, saya mula mengusahakan kelas mengaji Al-Quran. Sebelum itu, saya berkursus dan belajar mengaji secara mendalam sebelum buka kelas. Edar flyers, gantung banting semuanya saya buat sendiri.. semangatnya lain macam dan Alhamdulillah sehingga kini kelas al-Quran itu masih ada dan mempunyai tujuh hingga lapan orang tenaga pengajar,” ujar anak jati Kota Bharu itu.

Bagaimanapun katanya dia tidak boleh meneruskan pengajaran di kelas berkenaan selepas melahirkan anak keempat pada 2016 menyebabkan dia terpaksa mencari inisiatif lain untuk menghilangkan rasa bosan di rumah.

Kejayaan Kak Yah mengemudi jualan bantal mendapat liputan media dalam sisipan Femina menerusi akhbar Sinar Harian satu ketika dahulu.

Meletak tinggi kewibawaan ibunya sebagai peniaga yang berjaya membuatkan wanita itu mempunyai impian dan sasaran yang tinggi dalam perniagaan bantal.

Jika diukur dari segi usia sepanjang empat tahun bersama DAG, saya berkata dia masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya kini malah dia meletakkan target setanding ibunya untuk bergelar usahawan berjaya.

“Tetapi sebelum mula terlibat dalam perniagaan bantal, Kak Yah tanya ibu, ‘boleh ke Yah nak jual bantal?’ dan ibu saya bagi tiga sebab yang sehingga sekarang saya turunkan kepada anak, cucu bantal saya.

“Apa yang disematkan ibu saya adalah bantal tidak basi, tidak bermusim dan selagi mana manusia hidup atas muka bumi maka mereka perlukan bantal.

“Jadi bila ibu saya yang juga Tok Guru bisnes Kak Yah beri alasan sebegitu saya terus berurusan dengan DAG untuk mendapatkan stok.

“Kali pertama saya ambil stok sebanyak 2000 biji bantal selama tujuh bulan dan saya berjaya menjual 14,000 biji bantal,” katanya.

Untuk anda yang berminat menyertai DAG sebagai reseller sah, daftar sekarang untuk nikmati diskaun dan hadiah hebat sepanjang bulan ini.

– to be continue

Baca: “Hidup Saya Kucar Kacir, Down Ketika Itu…” – Bangkit Selepas Kematian Anak, Wak Meli Tak Menyesal Berhenti Kerja

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved