Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berpeluh pada waktu tidur? Ketahui puncanya

Mesti tak seronok bila asyik berpeluh pada waktu malam ketika tidur. Keadaaan ini boleh menyebabkan gangguan tidur, apatah lagi jika ia disebabkan akibat peluh secara tiba-tiba.

Pada kebanyakan masa, berpeluh pada waktu malam disebabkan oleh faktor luaran seperti suhu bilik tidur atau pakaian. Bagaimanapun,ada juga beberapa sebab lain membabitkan kesihatan.

“Jika peluh pada waktu malam berterusan selama beberapa bulan, anda perlu segera memeriksa kesihatan anda,” kata pakar kesihatan, Neomi Shah, kepada Women’s Health Magzine.

Di bawah disenaraikan beberapa sebab yang mungkin menyebabkan peluh pada waktu malam, terutamanya pada wanita. Simptom peluh dan sebabnya boleh digunakan sebagai kayu ukur tahap kesihatan anda dan segera jumpa doktor kalau perlu.

1 | Suhu bilik

Suhu bilik yang ideal semasa tidur adalah antara 16-21 darjah celcius bagi negara bermusim sejuk, manakala bagi negara tropika seperti Malaysia pula, sekitar 18 hingga 24 darjah celsius. Pakar Kesihatan W Christopher Winter berkata, tidur bilik yang berhaba dan diikuti pakaian ketat, padat atau tebal juga menyumbang kepada peluh semasa tidur.

2 | Hyperhidrosis

Adakah anda selalu berpeluh tanpa sebab? Basah tapak tangan, tapak kaki atau bahagian ketiak? Lebih teruk bila anda sedang tertekan, dalam kebimbangan atau sedang risau memikirkan sesuatu. Menurut Akademi Dermatologi Amerika, keadaan ini dikenali sebagai hyperhidrosis juga boleh berpanjangan sewaktu tidur. Anda kena kurangkan rasa cemas atau gunakan deodoran yang menyekat liang peluh, atau berjumpa dengan pakar.

3 | Perubahan hormon

Salah satu punca penyebab peluh malam bagi wanita adalah tahap estrogen yang berubah-ubah. Menopaus dikaitkan dengan keadaan tubuh ‘naik’ panas. Jadi ia menjadi kebiasaan bagi wanita menopaus yang akui berpeluh secara berlebihan, walaupun semasa tidur.
Selain menopaus, peluh berlebihan pada wanita disebabkan hormon juga biasanya berlaku semasa fasa kehamilan.

4 | Badan memerangi jangkitan

Jangkitan adalah salah satu sebab seseorang berpeluh. Salah satu jangkitan yang berkaitan dengan aktiviti peluh malam ialah batuk kering. Penyakit yang menjangkiti tubuh dan menjejaskan paru-paru akan menyebabkan seseorang berpeluh sebelum mula batuk.

5 | Kanser limfoma

Kanser limfoma adalah satu kanser yang menyerang sistem imun. Simptom kanser limfoma ialah penurunan berat badan, demam dan berpeluh.

Berpeluh pada waktu tidur? Ketahui puncanya

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir