fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bagaimana Rokok Menyebabkan Insomnia? Ketahui 9 Langkah Mengatasinya

 

Apa Itu Insomnia

Insomnia adalah suatu kondisi di mana seseorang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Maksud insomnia juga boleh didefinisikan sebagai keadaan di mana seseorang merasakan diri tidak puas walaupun mendapat tidur yang secukupnya. Insomnia atau penyakit susah tidur ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu sementara, jangka pendek dan kronik.

Insomnia sementara – adalah keadaan di mana seseorang akan mengalami insomnia untuk beberapa hari yang disebabkan perubahan persekitaran atau gangguan emosi seperti melancong ataupun emosi. Perubahan tempat tidur seperti berada di hospital ataupun hotel boleh menyebabkan seseorang sukar untuk melelapkan mata.

Insomnia jangka masa pendek – adalah insomnia yang berlaku dalam beberapa hari hingga 3 minggu. Jenis insomnia ini sering berlaku apabila berlaku perkara mengejutkan seperti kematian ahli keluarga atau dibuang kerja.

Insomnia kronik – adalah insomnia yang berlaku melebihi daripada 3 minggu. Seseorang yang mengalami insomnia kronik boleh mengalami kesukaran untuk tidur selama beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Ia boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental keresahan dan kemurungan ataupun penyalahgunaan ubat.

Insomnia sering berlaku kepada golongan 60 tahun ke atas dan lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Selain daripada masalah-masalah yang dinyatakan di atas, insomnia juga boleh terjadi akibat tabiat-tabiat tertentu seperti merokok.

Bagaimana Rokok Menyebabkan Insomnia

Apakah hubungan merokok dengan tidur? Seperti ramai yang sudah tahu, merokok menyebabkan penyerapan nikotin ke dalam darah dan kekal di dalam tubuh badan selagi seseorang itu menghisap rokok. Terdapat dua cara bagaimana merokok boleh menyebabkan insomnia. Iaitu ketika merokok dan selepas berhenti merokok.

1. Ketika Merokok

Untuk pengetahuan anda, ketika anda merokok, nikotin berperanan sebagai perangsang jadi ia membuatkan anda lebih terjaga. Hal ini boleh menjadi penyebab kenapa anda berasa segar apabila menghisap rokok. 

Rokok juga boleh menyebabkan masalah sleep apnea iaitu keadaan di mana anda akan  berhenti bernafas berulang kali sewaktu tidur. Ini biasanya berlaku kepada perokok tegar yang juga menghidap penyakit jantung dan paru-paru akibat tabiat merokok yang kronik.

Selain itu, merokok juga menyebabkan batuk yang boleh mengganggu kualiti tidur seseorang.

2. Selepas Berhenti Merokok

Apabila anda berhenti merokok, kadar nikotin dalam tubuh badan anda berkurang dan anda akan mula mengalami sindrom sarak. Ketika ini, tubuh badan anda sedang menyesuaikan diri untuk berfungsi tanpa nikotin dan ini boleh menyebabkan tidur anda terganggu pada waktu malam. Gejala sindrom sarak ini termasuklah keinginan yang kuat terhadap rokok sehingga anda susah tidur malam. Namun begitu, anda tidak perlu khuatir, gejala ini hanyalah untuk sementara dan akan beransur pulih. Selepas itu, anda boleh menikmati tidur malam yang lebih lena.

Artikel ini diterbit semula dari sumber :
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/rokok-insomnia

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Orang Cina Ada Ip Man, Kita Ada Mat Kilau

Belum habis lagi orang bercerita mengenai filem Mat Kilau, fenomena yang dikira berjaya mengangkat semula populariti genre filem tanah air di hati penggemar filem. Pasti

Pay Day Special Hadiah Untuk Anda!

Anda sedang mencari set comforter berkualiti tinggi dengan harga super duper murah??? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan lagi sisi kamar tidur anda dengan comforter 700

Lebih Besar Lebih Banyak Serap Air!

Lebih besar lebih banyak boleh serap air! Haaa ramai yang mencari-cari tuala yang besar dan berkualiti tinggi kan. Disebabkan itu DAG tampil mengeluarkan tuala terbaharu

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved