fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tidur buka lampu penyebab kanser?

Kebanyakan daripada kita tertidur dengan lampu terbuka tanpa sengaja, namun ada juga yang takut dengan kegelapan, jadi memang tidur dengan membuka lampu.

Adakah anda tahu yang ia amalan tidak sihat kerana menyebabkan beberapa kesan negatif dalam tubuh badan?

Asasnya, terdedah kepada cahaya akan merangsang saraf di mata ke otak yang mengawal hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain.

Bahkan, satu kajian mendapati bahawa terlalu banyak kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko kemurungan.

Sudah mencukupi mendapatkan cahaya sewajarnya pada waktu siang manakala sebelah malam sepatutnya kurangkan pendedahan anda kepada cahaya.

Buat rutin setiap kali hendak tidur, elakkan terlelap di hadapan TV atau lupa untuk matikan lampu.

Sebaiknya, anda berhenti daripada menggunakan sebarang peralatan elektronik seperti komputer, laptop 30-60 minit sebelum masuk tidur.

Peralatan elektronik tersebut mengeluarkan cahaya yang boleh mengganggu kualiti tidur kita.

Dapatkan tidur yang berkualiti sangat penting untuk semua orang, terutama kanak-kanak, kerana ia memberikan impak yang nyata kepada proses pembesaran mereka.

Kenapa tidak boleh tidur dengan lampu terbuka? Perlu tidur dalam gelap?

Bilik tidur zaman sekarang dipenuhi dengan lampu, agar ia kelihatan lebih cantik dan menawan.

Apa yang tidak kena dengan perkara ini adalah pendedahan kepada cahaya berlebihan (terutama semasa tidur) boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan.

Untuk memahami pendedahan kronik cahaya (chronic exposure) pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu lihat bagaimana manusia tidur sebelum datangnya teknologi lampu/elektronik.

Manusia sebelum ini terdedah kepada dua jenis cahaya sahaja – cahaya matahari pada waktu pagi dan siang.

Manakala cahaya bulan dan api pada waktu malam. Dua jenis cahaya ini sahaja yang memainkan peranan untuk menstabilkan circadian rhythmicity.

Tutup lampu sebelum tidur

Kajian mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit, berbanding anda tidur dalam gelap.

Kebanyakan peralatan elektronik seperti telefon pintar, tab dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) iaitu jenis cahaya yang boleh mengatasi melatonin.

Kaitan cahaya dan kanser?

Paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa kepada sesetengah kanser dan ini adalah kes paling berat.

Namun, ia masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada kaitannya.

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai 22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan yang tidur dalam gelap.

Para pengkaji menganggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.

Perkara ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam.

Kajian turut mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.

Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia.

Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.

Hal ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya.

Sekiranya kita tidur dengan lampu terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya berfungsi.

Ia boleh menyebabkan penuaan awal

Melatonin mempunyai kandungan antioksida, dimana ia memainkan peranan penting dalam anti-penuaan.

Ia boleh menyebabkan masalah berat badan

Cahaya pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana ia akan mengubah jadual waktu makan anda.

1

Mari Mulakan Ujian Tahap Tidur Anda...

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Nak tidur cepat, cuba pakai stokin

Ramai yang mempunyai masalah tidur, sukar untuk melelapkan mata walaupun telah cuba berkali-kali untuk memejamkan mata. Tetapi ada yang mengatakan dengan memakai stokin akan membuatkan

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved