fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tak tidur tiga malam tanda insomnia kronik


KUALA LUMPUR: Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.

Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Azlin Baharudin, berkata ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan.

Katanya, jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.

“Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.

“Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang,” katanya ketika ditemui BH Plus.

Dr Azlin berkata, sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.

Katanya, gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.

Gangguan mental punca sukar tidur

Beliau berkata, penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.

Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga, katanya, boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.

“Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.

“Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit,” katanya.

Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.

 

AZAH Aziz berkongsi pengalaman beliau mengalami insomnia yang mengakibatkannya tidak dapat tidur dengan cukup. - Foto Halim Salleh

AZAH Aziz berkongsi pengalaman beliau mengalami insomnia yang mengakibatkannya tidak dapat tidur dengan cukup. – Foto Halim Salleh

 

Dalam satu kes, hampir lima tahun Azah Aziz tidak dapat mengecapi nikmat tidur sepanjang malam seperti orang lain dan kerana itulah, satu rahmat baginya jika dapat melelapkan mata dengan nyenyak biarpun hanya selama 10 minit.

Azah, 47, berkata beliau pernah tidak tidur sepanjang tiga malam berturut-turut, baru-baru ini, sehingga lingkaran matanya menjadi hitam dan kantung mata membengkak.

“Saya sukar melelapkan mata dan hanya betul-betul nyenyak kira-kira jam 3 pagi tetapi terjaga seawal jam 5 pagi.

“Saya didapati mengalami insomnia secara kebetulan oleh doktor yang merawat kecederaan dahi saya yang terhantuk pada bucu katil selepas pitam,” katanya yang bekerja dalam sektor swasta.

Azah mengakui, itulah kali pertama beliau mendengar perkataan insomnia dan tidak menyedari kesukaran tidur adalah satu penyakit.

Sebelum itu, beliau menyangka masalah sukar tidur yang dialaminya adalah perkara biasa dan akibat gemar minum minuman berkafein.

Migrain teruk, ganggu penglihatan

Bagaimanapun, selepas tidak lagi mengambil minuman itu, masalah sukar tidur semakin meruncing sehingga diserang migrain.

“Biasanya selepas tidak tidur sepanjang malam, keesokan paginya saya mengalami migrain teruk dan hanya terasa lega selepas muntah hijau.

“Penglihatan pula ada masanya berpusing-pusing seakan taufan kerana serangan vertigo menyebabkan saya sering jatuh dan tidak boleh memandu kereta,” katanya yang mengakui tidak gemar menggantikan tidur pada sebelah siang walaupun tidak tidur sepanjang malam.

Azah diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat pada sebelah malam tetapi bukan untuk jangka panjang kerana ia boleh meninggalkan kesan sampingan.

Beliau cuba merehatkan minda dengan pelbagai kaedah, termasuk memeriksa buku sekolah anak, membaca dan berzikir sehingga terlelap.


Artikel ini diterbit semula dari sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/359861/tak-tidur-tiga-malam-tanda-insomnia-kronik

1

Mari Mulakan Ujian Tahap Tidur Anda...

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Nak tidur cepat, cuba pakai stokin

Ramai yang mempunyai masalah tidur, sukar untuk melelapkan mata walaupun telah cuba berkali-kali untuk memejamkan mata. Tetapi ada yang mengatakan dengan memakai stokin akan membuatkan

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

0