fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sambut Maulid Nabi Itu Haram?

Sambutan memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lamanya. Bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita menunggu detik 12 Rabiulawal setiap tahun untuk meraikan Maulidur Rasul.

Ada yang membaca al-Quran dan berceramah, tidak lupa juga yang berzanji atau berselawat dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan.

Jika diimbas kembali sambutan Maulidur Rasul, penulis sempat merasa kenangan berarak di seluruh pekan bersama rakan sekolah sambil berselawat. Ketika itu diakhir tahun 90-an.

Menariknya, acara berkenaan bukan sahaja memperingati kisah-kisah nabi malah secara tidak langsung, mulut ini tidak terhenti daripada berselawat bersama rakan. Sungguh indah!

Namun tidak beberapa tahun kebelakangan ini, sewaktu penulis bertugas sebagai pemberita di salah sebuah akhbar, penulis ditugaskan untuk membuat kajian mengenai dakwaan bid’ah menyambut Maulid Rasul.

Perarakan Maulidur Rasul yang menjadi acara wajib di negara ini.

Dan ketika itu berkesempatan untuk mewawancara seorang pakar agama yang juga penceramah bebas, Datuk Datuk Md. Daud Che Ngah.

Hujah yang diusulkan adalah sambutan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Dan hari ini bagi menceritakan kembali apa yang dihujahkan hampir 10 tahun lalu, penulis berkesempatan untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai dakwaan itu.

Ujarnya dakwaan sebegitu tidak seharusnya timbul kerana tujuan asal menyambut Maulid Nabi adalah untuk memperingati serta menyatakan perasaan syukur kepada Allah dan melahirkan rasa gembira atas kelahiran serta keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Mengulas tanggapan sesetengah pihak yang melabel majlis Maulidur Rasul menyimpang daripada syariat Islam. Datuk Daud berkata, majlis sedemikian tidak terkeluar sama sekali daripada ajaran Rasulullah SAW.

Ustaz Daud Che Ngah turut mempersoalkan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah.

“Kalau nak kata bid’ah sebab nabi tak sambut, kenapa nabi solat sunat 8 rakaat, kita solat 20 rakaat tak ada masalah pun. Nabi pergi Mekah naik unta, kita pergi Mekah naik kapal terbang. Bid’ah ke?”

“Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

“Jangan disebabkan kerana beberapa fahaman, kita turut keliru. Apa yang dibuat ketika sambutan Maulid Rasul adalah bertujuan membesarkan Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika dihubungi penulis.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menganjurkan Semarak Cinta Rasul bagi tujuan meneruskan usaha menyantuni masyarakat dalam memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, sekali gus menghayati sirah dan sunah baginda.

Ia disiarkan melalui stesen televisyen TV1, bermula jam 9 malam ini hingga 3 November depan.

Langkah itu adalah untuk menjaga kemaslahatan rakyat dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

Selain itu, Kempen Malaysia Berselawat di Media Sosial yang memberi peluang netizen menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan merakamkan selawat dan memuat naik dalam media sosial menggunakan hashtag #SemarakCintaRasul; serta Penerbitan Buletin Khas untuk edaran di masjid sekitar Wilayah Persekutuan dan boleh turut dimuat turun melalui portal JAKIM.

 

Baca: Berapa Jam Yang Diperlukan Anda Untuk Tidur Setiap Hari?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved