fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

NANTI DULU ! IKUT 5 CHECKLIST INI KALAU NAK RAYA TAHUN NI BERJALAN LANCAR

Alamak! Raya tinggal beberapa hari je ni. Bila dah terlalu sibuk dengan workload, time ni juga boss dengan client minta request modify itu ini memang dah takde masa lah nak fikir pasal Hari Raya walaupun perayaan ni wajib disambut dengan family. Mak kat kampung pun dah start call tanya bila balik semua. Takut jadi macam tahun lepas, bila dah Raya baru perasan banyak benda yang settle lagi. Aduh betapa perit nya time tu. Nak enjoy pun tak dapat. Sedih weh.

Jadi tahun ni, busy busy juga, nasib baik dah siapkan checklist untuk semak sebelum menjelang Raya nanti. Nak juga release tension, beraya sakan bersama keluarga tanpa perlu fikit pasal hal-hal lain yang boleh kacau mood. Gerenti tips-tips juga akan membantu anda di luar sana untuk pastikan Hari Raya tahun ni smooth saja.

1. Selesaikan Perkara Wajib Dulu

(Source: GIPHY)

Memang lah nak Raya tapi anda semua kena ingat, kita masih di bulan suci Ramadhan ini. Sedih Ramadhan kalau tau kita terlampau sibuk seronok nak Raya tapi tak hargai Dia kan. Sementara masih ada lagi time ni, apa kata kita guna sebaik mungkin. Perbanyakkan ibadat dan juga kita sama-sama mengejar malam Lailatul Qadr. Lepastu, jangan lupa bayar zakat ye semua! Wajib tu.

2. Kira Budget Untuk Persiapan Raya

(Source: GIPHY)

Typical lah bila nak Raya ni, serabut fikir nak beli baju baru lah, kasut baru lah, rambut baru lah, kereta baru lah (EH)… Tu belum lagi nak asingkan duit raya nak bagi mak bapak, anak-anak buah dan juga beli kuih raya. Biasalah time Raya ni juga mak bapak demand nak itu ini kan, kita pun layankan aje. Janji depa happy. Jadi, sebab itu lah penting nya pengiraan budget untuk Hari Raya ini. Jangan tau nak shopping je, kena lah jimat-cermat. Kalau tak, habislah tinggal syilling je nanti.

3. Pastikan Kereta Dalam Keadaan Tiptop

(Source: GIPHY)

Sesetengah daripada kita ni kena balik kampung yang ambil masa 5-8 jam untuk sampai. Itu tak termasuk dengan traffic jam yang tak dapat nak disangka. Jadi, make sure kenderaan yang anda guna untuk bergerak balik kampung ni dalam keadaan tiptop. Dah servis ke belum? Tayar dalam keadaan baik ke tak? Isi minyak bagi penuh dulu sebelum bergerak, takut bila tersangkut dalam jam memang bawa naya lah.

4. Plan Kerja Betul-Betul

(Source: GIPHY)

Sometimes, bila boss ataupun client bagi last minute work atau kerja untuk Raya, kita pun tak boleh nak elak. Perkara tu pun dah macam jadi kewajipan kita setiap tahun lagi-lagi buat mereka yang kerja media digital ini. Tapi tak bermakna ia menjadi penghalang untuk kita enjoy Raya, kan? Kita kena bijak bahagi masa dan tidak perlu rasa sedih sebab kita pun kena lah hargai mak bapak kita yang expect kita untuk rasa happy.

5. Dah Habis Bayar Saman

(Source: GIPHY)

Ha! Ni jangan lupa pula ye semua. Saman kena habis settle before kita nak bergerak balik kampung ni. Tak pasal-pasal kena tahan kat roadblock sebab tak habis bayar saman & roadtax. Bak kata omputih, SET YOUR PRIORITIES RIGHT. Shopping boleh ketepikan dulu, kita kena pentingkan bayaran hutang semua.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

NANTI DULU ! IKUT 5 CHECKLIST INI KALAU NAK RAYA TAHUN NI BERJALAN LANCAR

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Mengenai kami

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved