Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Kita mudah lupa dan senang rasa selesa” – Ikuti Perjalanan Individu Yang Menjalani Kuarantin Wajib Selama 14 Hari

Bahana Covid-19. “Kita mudah lupa dan senang rasa selesa.”

Mungkin itu yang dapat disimpulkan selepas melihat peningkatan kes baharu setiap hari. Malah lebih memeritkan apabila terdapat kes kematian akibat virus itu saban hari.

Usah ditanya puncanya apa dan dari mana, tetapi kita sebagai masyarakat adakah kita telah menjalankan tanggungjawab dengan baik?

#kitajagakita bukan sekadar penyedap ayat tetapi itulah tanggungjawab sebenar sebagai masyarakat yang prihatin.

Bagaimanapun jika diukur dari segi peranan, sudah cukup prihatinkah kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing?

Melihat kepada peningkatan kes positif yang semakin menjadi-jadi, penulis tertanya-tanya adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita membantu barisan hadapan menghapuskan pandemik ini?

Kes baharu tertinggi setakat ini melibatkan 691 individu di seluruh negara.

Bukan setakat memakai pelitup muka, malah kesedaran diri juga perlu diamanatkan dalam diri setiap seorang daripada kita.

Pemakaian pelitup muka sudah diakui mampu mengurangkan penularan jangkitan sehingga 60 peratus, bagaimanapun jika kita perhatikan masih ramai yang tidak mengamalkannya di tempat awam.

Tambahan pula jika penjarakan sosial juga diamalkan, peraturan penularan boleh dikurangkan sehingga 65 peratus.

Bukan untuk kesedaran diri sendiri tetapi untuk masyarakat sekililing.

Sesekali fikirlah orang lain.. jangan terlalu pentingkan diri.

Sebelum ini heboh mengenai gambar seorang wanita pertengahan umur memakai gelang kuarantin Covid-19 sedang makan di restoran di Perak. Kemudian, muncul pula foto tag merah jambu ditemui di atas lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sikap tidak berdisiplin ini menyusahkan orang lain dan mengundang risiko kepada orang sekeliling bukan sahaja diri sendiri.

Ambil cakna kisah tauke nasi kanda yang mengepalai Kluster Sivagangga baru-baru ini. Tidakkah kita serik?

Dan kini kluster yang berpunca dari Sabah. Malah turut diakui sendiri oleh Perdana Menteri yang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 menjadi antara punca peningkatan kes pandemik ini.

Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, Hasimi Muhammad – juga sahabat baik penulis berkata dia terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari dalam tempoh inkubasi selepas pulang daripada membuat liputan selama 45 hari PRN di Sabah baru-baru ini.

Petugas KKM bersedia di KLIA untuk melakukan ujian saringan kepada mana-mana individu yang tiba dari Sabah. Kredit foto wartawan Astro Awani, Hasimi Muhammad.

Ujarnya pengalaman menjalani proses ujian saringan Covid-19 bermula di KLIA dengan bantuan para petugas KKM sejurus menjejakkan kaki di ibu negara dan terus dibawa ke hotel untuk menjalani menjalani kuarantin.

Katanya ujian kali pertama yang dibuat menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR), masih belum diketahui selama tujuh  hari disebabkan peningkatan kes baharu sejak kebelakangan ini, sudah tentu menyaksikan banyak sampel ujian COVID-19 yang masih menunggu keputusan.

“Mendengar sahaja perkataan ‘negatif’, beban yang dipikul dibahu seolah-olah mula hilang dengan sendirinya. Penantian selama lapan hari dengan penuh kesamaran, akhirnya ternoktah.

“Namun, saya dan rakan-rakan yang lain akan terus menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum menjalani ujian kedua menggunakan teknik Rapid Test Kit (RTK) atau kit ujian pantas. Keputusan ujian ini boleh diketahui dalam tempoh 20 minit dan sekiranya keputusan tersebut menunjukkan negatif, maka hari ke-14 saya akan dibenarkan keluar dari pusat kuarantin.

“Semua barangan dan keperluan perlu dilupuskan terus selepas digunakan, ia termasuk bekas makanan malah pakaian juga terpaksa dicuci sendiri,” katanya dari perspektif orang yang melalui kuarantin wajib.

Gelang ‘pink’ akan dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat selepas ujian saringan COVID-19 disahkan negatif – Gambar Astro AWANI

Sejenak terfikir adakah individu yang sedang dikuarantin terasa seperti dikurung?

“Itu tidak dinafikan, tak bebas bagaimanapun saya sudah mula bekerja dari hotel sejak hari keempat ketika kuarantin, ia sedikit sebanyak membantu saya menghilangkan rasa bosan

“Hanya berhubung melalui telefon bimbit dan komputer riba. Anggap sahaja ini merupakan satu pengorbanan untuk masyarakat.

“Secara keseluruhan saya amat berterima kasih kepada anggota KKM yang menjalankan tugas mereka dengan telus tanpa ada sebarang kecacatan sepanjang dikuarantin,” katanya yang kini sedang menjalanan proses ‘check out’ dari hotel selepas 14 hari dikuarantin.

Apa yang dapat disimpulkan kuarantin itu bukanlah cabaran fizikal tetapi ia merupakan ujian mental untuk menghadapi SOP yang sangat ketat.

Sepanjang tempoh minggu lalu, angka kes baharu harian menjangkau sehingga angka 691. Bukankan kita patut berada dalam zon berjaga-jaga?

Sebelum itu, pandemik ini berjaya dikawal dengan baik walaupun beberapa kluster baharu dikesan.

Terbaharu susulan pengkuatkuasaan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah, sebanyak 2,797 buah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Penutupan institusi pendidikan itu melibatkan 1.7 juta murid dan pelajar.

Keputusan itu selaras dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan yang diisytiharkan zon merah oleh KKM.

Persoalannya, adakah kita cakna dengan situasi Covid-19 yang masih belum berakhir?

Jangan tutup mata dan telinga, sama-sama kita jaga diri dan orang sekeliling.

Jangan sesekali mempersia-siakan pengorbanan semua pihak yang terbabit dalam mengekang penularan pandemik ini hanya disebabkan sikap tidak ambil kisah.

 

Baca: “Balik sekolah terus pergi kutip hutang…” – Berniaga Sejak Bangku Sekolah, Kuatnya Kak Yah Dari Semangat Bondanya

 

 

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

“Kita mudah lupa dan senang rasa selesa” – Ikuti Perjalanan Individu Yang Menjalani Kuarantin Wajib Selama 14 Hari

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved