Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bekas Jurutera Tak Malu Jual Bantal, Pendapatan Setanding Kerjaya Profesional

Langit tidak selalunya cerah. Itulah yang berlaku dalam hidup Mohd Yadi Suntau Pawira, 51, yang pernah bergelar jurutera satu ketika dahulu.

Kehidupan Mohd Yadi atau lebih mesra disapa Wak Yadi berubah sepenuhnya selepas dia kehilangan kerja tiga tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Wak Yadi berkata hidupnya gelap seketika memikirkan masa depan keluarganya yang bergantung penuh pada keringatnya sebagai ketua keluarga.

Tidak berputus asa dengan ujian yang datang, bapa kepada dua cahaya mata itu tekad bangkit untuk memulakan kehidupan baru bagi menyara keluarga.

Memulakan langkah pertamanya sebagai pemandu Grab, Wak Yadi berkata kerjaya baharunya memberi sinar baharu buat keluarganya meskipun pendapatan yang diperoleh tidaklah sebesar yang diharapkan.

 

POSITIF. Bercerita mengenai perjalanan hidupnya, Mohd Yati tidak bersangka buruk dengan takdir hidupnya sebelum ini malah mengambilnya sebagai iktibar untuk terus berusaha dalam hidup.

 

“Sebelum ini saya bekerja sebagai production engineer di kilang tapi company shut down, kilang dah tutup pada 2017. Kemudian saya terus memandu Grab. Ketika saya memandu Grab, saya mula kenal bantal DAG,” katanya ketika ditemui penulis.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nasib Wak Yadi sekali lagi ditimpa malang apabila dia terlibat dalam kemalangan sekitar tahun lalu.

Kejadian itu menyebabkan dia tidak dapat memandu Grab dalam tempoh yang lama. Hal itu sekali gus menjadi ‘turning point’ buat Wak Yadi dan keluarganya apabila isterinya, Armiyati Togerah, memilih untuk menjual bantal.

 

Langkah awal pembabitan Wak Yadi bergelar usahawan DAG selepas melihat perkembangan perniagaan bantal yang diusahakan isterinya, Armiyanti Togerah yang juga pengedar DAG. Gambar diambil ketika pasangan itu mengerjakan umrah Disember tahun lalu.

 

“Ceritanya bermula apabila saya terlibat dengan kemalangan dan tidak dapat memandu Grab. Isteri saya ketika itu seorang surirumah sepenuh masa dan disebabkan saya tidak mampu mencari pendapatan jadi isteri saya terfikir cari pendapatan sampingan.

“Ketika itulah dia mula terlibat dengan perniagaan bantal. Masa tu ambil 30 biji bantal H-Classic terus habis dalam masa tiga hari”, ujarnya.

Melihat kepada potensi yang ada dalam perniagaan bantal, dia nekad meneruskan langkah seterusnya dan tidak hanya bergantung kepada perniagaan yang dimiliki isterinya.

Wak Yadi mengambil keputusan mendaftar sebagai pengedar bantal yang sah pada Mei lalu.

“Sebelum ini saya pernah join MLM, macam-macam produk cuba jual tapi istimewa bantal ini tiada expired. Bantal DAG pula orang dah sedia maklum dan kenal sebab iklan tepi jalan jadi senang nak jual.

“Saya pernah menganggur, bila minta gaji demand gaji RM5000 ke atas memang tak dapat dengan usia sekarang.

“Permintaan boleh tahan jadi saya terfikir untuk mula menjual secara sepenuh masa. Saya tidak berniaga bersama isteri saya. Dia dengan bisnes dia dan saya dengan bisnes saya”, ujarnya.

 

Tapak CBS milik Wak Yadi. Walaupun nampak biasa pada pandangan mata, namun hasilnya bukan ‘biasa-biasa’.

 

Mempunyai cara berbeza dalam mengembangkan bisnes, Wak Yadi tidak terikat dengan teknik yang digunakan isterinya.

Ini kerana Wak Yadi lebih menekankan pernigaan secara offline dan mengendalikan Car Boot Sale (CBS) secara sepenuh masa berbanding isterinya yang fokus sepenuhnya kepada perniagaan online.

Ini kerana katanya dia boleh menguruskan masa sendiri dengan memberi tumpuan kepada bisnes bantal tanpa mengenepikan urusan lain.

Aktif di sekitar Bukit Tinggi, Klang setiap hari, Wak Yadi yang mempunyai seorang cucu ini mampu tersenyum menarik nafas lega dan mampu tersenyum dengan pendapatan yang diperolehinya setiap hari meskipun tidak lagi bergelar jurutera.

“Saya berniaga secara CBS sepenuh masa manakala isteri saya fokus kepada online. Walaupun kami suami isteri tetapi bisnes kami bergerak secara berasingan.

“Apabila saya buat CBS, saya dapat urus masa sendiri, saya mula CBS selepas Zohor hingga jam 6 petang dan pulang berehat kemudian sambung balik pada jam 8 hingga 11 malam.

 

Tidak putus asa dengan setiap ujian yang hadir, Wak Yadi kini bangga menjadi sebahagian daripada warga DAG dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk terus berusaha walau apa rintangan yang datang.

 

Dengan hasil jualannya setiap hari, Wak Yadi berkata dia kini mampu menjana pendapatan sehingga lebih RM1000 dengan hasil jualan melebihi RM2000 sehari.

“Paling tinggi Sabtu Ahad lebih RM2000 dan puratanya 20-30 biji. Itu jualan saya tidak termasuk isteri kerana kami bergerak berasingan.

“Kalau satu hari tak dapat jual bantal King tu rasa lain macam.. sehari dapat jual 5,6 biji kadang-kadang boleh mencecah sehingga 10 biji sehari.

“Ada yang angkut terus empat biji King sebab mereka berpuas hati dengan penerangan saya. Sebab itu saya lebih prefer CBS sebab saya akan rasa puas bila customer suka dengan servis saya,” katanya dengan semangat positif.

Kedudukan Top 7 adalah sesuatu yang membanggakan meskipun hanya beberapa bulan bergelar usahawan DAG.

 

Untuk rekod, Wak Yadi kini mencapai jualan sehingga RM11 ribu pada Julai lalu meskipun baharu mendaftar sebagai pengedar pada Mei lepas. Tahniah!

 

Baca: “Kenapa isteri aku kena berniaga tepi jalan?”- Dari Rumah Teres Ke Flat, Anoy & Suami Bakal Bina Banglo Sendiri

Bekas Jurutera Tak Malu Jual Bantal, Pendapatan Setanding Kerjaya Profesional

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir