fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

SEIKHLAS BUDI DAG – 25 ORANG ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN BANTAL

SEIKHLAS BUDI DAG – 25 ORANG ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN BANTAL


[one_second]

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(Surah Al-Baqadah : 195)

Ramai orang ingin kaya dan berjaya namun dalam setiap niat untuk kaya itu apakah niat utamanya. Adakah kaya untuk buktikan kepada orang lain kita lebih hebat atau kita mahu kaya kerana ingin membantu lebih ramai ummat manusia yang lain menjadi kaya dan berjaya seperti kita.

Apabila kita ada kesenangan, lebih dari segi harta, lebih dari segi ilmu berapa banyak yang kita laburkan ke jalan Allah iaitu sedekah? Islam menggariskan 2.5% dari pendapatan kasar kita adalah untuk zakat.

Bergaris panduan dari itu Das Abdul Global Sdn Bhd tidak pernah melupakan insan-insan yang tidak bernasib baik di luar sana. Tanggal 21 September 2018 (Jumaat) pihak HQ DAG telah berkungjung ke RUMAH BAKTI NUR AIN, Selangor untuk menyampaikan sumbangan 30 biji bantal kepada anak-anak yatim di sana.

Pihak HQ DAG diwakili oleh En Farizul, Cik Farah, En Romziey (Videographer) dan En Akmal. Kami tiba pada jam 5 ptg dan disambut oleh Pengetua Puan Rohayu bt Doris.

Sebagai pengetahuan, seramai 25 orang anak yatim termasuk yatim piatu dan asnaf yang tinggal di sini. Pelajar yang paling tua berumur 17 tahun dan paling muda 7 tahun. Ketika kami tiba, hanya ada 8 orang kerana yang lainnya belum pulang dari sekolah.

[/one_second]

[one_second]

Sumbangan disampaikan terus kepada anak yatim tersebut dan baki bantal diserahkan terus kepada Puan Rohani. Memandang air muka dan mata mereka buat kami rasa sayu dan teringat anak-anak di rumah. Masih kecil dan tidak mengerti tentang kehidupan namun terpaksa hidup sebagai yatim piatu di sini.

Terselit rasa syukur kepada Allah swt atas segala anugerah yang telah diberikan. Walau mungkin ada antara duit gaji setiap bulan cukup untuk pusingan gaji seterusnya, namun kita ada tempat untuk berteduh, masih dikurniakan rezeki dari Allah untuk hidup bersama suami, isteri serta anak dalam keluarga kecil. Sedang mereka pada usia yang sangat muda telah kehilangan orang tua.

Selesai menyampaikan sumbangan, kami pulang ke HQ. Beberapa hari selepas sampaikan sumbangan, pihak HQ menghubungi Puan Rohani untuk bertanya khabar. Menurut Puan Rohani, anak-anak di situ rasa sangat gembira menerima bantal baru dan mereka tidur lena sepanjang malam. Alhamdulillah…

Rasa lapang dada, tenangnya hati bila dapat beri kebahagian kepada orang lain. Jadi, jadikan usaha kuat kita bukan hanya untuk menyelesaikan masalah kewangan kita seorang tetapi tanamkan niat kekayaan dan kejayaan yang bakal kita kecapi adalah untuk membantu lebih ramai orang.

[/one_second]



Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

SEIKHLAS BUDI DAG – 25 ORANG ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN BANTAL

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved