Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Perkara Sunat Dibuat Pagi Aidiladha

Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Perayaan yang sinonim dengan ibadat haji dan juga ibadat korban.

Pada pagi hari raya Aidiladha, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
  8. Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah). (Riwayat al-Tabrani).

Pada Hari Raya Haji atau Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula selepas solat Subuh Hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 tasyrik, iaitu 13 Zulhijah.

Ibadah Korban

Menurut Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata ‘Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Perkara Sunat Dibuat Pagi Aidiladha

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir