Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kawal Nafsu Belanja Atau ‘Muflis Sementara’ Lepas Raya?

Keghairahan orang ramai berbelanja berlebihan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha mungkin akan membawa padah.

Bagi sesetengah orang beranggapan ‘raya hanyalah setahun sekali’, jadi apalah salahnya untuk berbelanja lebih.

Disebabkan ingin ‘qada’ kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung, maka ramai yang menggunakan kesempatan ini dengan niat untuk menyambut raya dengan meriah setelah tujuh bulan tidak pulang ke kampung.

Tambahan pula kebanyakkan majikan membayar gaji awal sebelum raya untuk membantu pekerja membuat persediaan menyambut raya.

Bagaimanapun, sedarkah anda padahnya apabila anda gagal berbelanja secara berhemah sekali gus menyebabkan anda bakal berdepan dengan ‘muflis sementara’ sementara menunggu tempoh gaji yang akan datang.

Hal ini dimana anda tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara hidup seperti belanja harian.

Ditambah pula dengan bonus yang sudah ada di tangan dan gaji dimasukkan lebih awal membuatkan ada yang tersilap langkah dek keseronokan berbelanja menguasai diri.

 

Salah Berbelanja

Gaji bulanan yang diperoleh itu sepatutnya digunakan untuk membayar pinjaman rumah, kereta, yuran sekolah anak, bil utiliti dan keperluan lain. Bagaimanapun ketibaan raya menyebabkan ramai yang lupa menyebabkan wang belanja bagi bulan berikutnya tidak mencukupi.

Ada yang membeli barangan yang tidak perlu seperti sofa baharu, barang kemas dan lain-lain menggunakan duit gaji semata-mata untuk kelihatan gah dan lebih meriah.

Hal itu menyebabkan ramai yang mengeluh tidak cukup wang perbelanjaan selepas raya akibat tiadanya perancangan perbelanjaan yang teliti. Malah ada yang terpaksa ikat perut kerana tiada wang untuk dibelanjakan.

Harus diingat, masalah ini hanya dapat dikurangkan sekiranya anda bijak merancang dan berbelanja secara sederhana semampunya. Tidak perlu ada sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan berbelanja besar kerana itu akan memakan diri anda kelak. Ingat kemampuan anda.

 

Berbelanja tanpa perancangan teliti akan membawa padah kepada anda.

 

Lazimnya, golongan yang berisiko mengalami situasi muflis sementara ini adalah dalam kalangan mereka yang makan gaji dan mempunyai pendapatan tetap bulanan berbanding orang yang tidak mempunyai gaji tetap.

Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan FOMCA, menunjukkan 37 peratus pekerja muda berbelanja di luar tahap kemampuan masing-masing.

Manakala, 47 peratus responden menggunakan 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk membayar hutang.

 

Jom Cari Duit Lebih Dengan DAG

DAG kini membuka peluang kepada anda untuk menjadi usahawan mahupun dropship kami. Hanya bermodalkan 10 biji bantal anda berpeluang mendapat untung besar seterusnya mampu berajaya seperti usahawan lain.

Usahawan DAG, Mohamad Redzuan bersama Ford Ranger yang dimenanginya disamping CEO dan COO DAG, Tuan Das Abdul serta Puan Sapinah.

Ramai yang telah membuktikan mereka berjaya, daripada seorang suri rumah kepada bekas jurutera kini semuanya mampu hidup senang hasil daripada jualan bantal.

Daftar sekarang dan anda mungkin usahawan jutawan yang kami cari.

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

Kawal Nafsu Belanja Atau ‘Muflis Sementara’ Lepas Raya?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir