fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

JOM TUKAR BANTAL TIDUR ANDA !

Bilakah last time anda fikir tentang bantal tidur anda tu? Jika jawapan anda adalah “oh, dah lama dah” atau “tak pernah terfikir pun”, anda tidak bersendirian. Percayalah, ramai juga berkata demikian. Kebanyakan orang hanya fokus terhadap kepentingan tilam yang mereka guna, bukanlah bantal tidur mereka. Tetapi apa yang ramai tak tahu, bantal tidur kita juga merupakan faktor penting dari segi memberi tidur yang selesa dan berkualiti.

Jika anda tidur menggunakan bantal yang mempunyai isi yang lembik dan lunyai, dan sering kena lipat pada setiap malam untuk dapat level keselesaan yang diingini itu, itu merupakan petanda untuk tukar bantal yang anda gunakan setiap hari itu. Walaupun jangka hayat bantal anda tu taklah lama mana, anda masih perlu untuk memikirkan pengganti yang terbaik kerana ia mampu menjejaskan keselesaan tidur anda.

Kenapa Bantal Anda Penting?

Cara untuk mendapatkan keselesaan tidur yang maksima dan betul, dengan mempunyai postur badan yang selari, adalah dengan menggunakan bantal yang sesuai untuk kita. Postur yang betul ni bukan dinilai dari segi tubuh badan sahaja namun, kedudukan kepala, leher dan sehinggalah ke kaki.

Jika leher dan bahu anda tidak mempunyai support yang cukup ketika tidur, ataupun berada di kedudukan yang tidak sepadan, nescaya anda akan bangun tidur dengan sakit-sakit badan dan lenguh. Serta, ia membuatkan anda berasa lebih cepat penat dan kurang produktif.

Sama dengan jenis tilam yang anda guna, anda kena betul-betul pilih bantal yang sesuai digunakan dengan jenis tilam anda supaya ia memberi support pada badan anda yang selari.

Bilakah Time Untuk Tukar Bantal Kita?

Secara asas, bantal perlu ditukar selepas penggunaan selama 18 bulan. Bantal memory foam selalunya mempunyai jangka hayat penggunaan sehingga 3 tahun. Bantal buatan semulajadi tahan lebih lama daripada bantal buatan sintetik. Dan, bantal yang mempunyai kualiti lebih tinggi (lagi mahal) tahan lebih lama daripada bantal yang dijual pada harga yang murah. Jika anda menggunakan bantal yang dah dari zaman anda sekolah lagi, ia tidak akan memberi support dan keselesaan yang diperlukan.

Cuba anda fikir balik: bantal anda dah biasa digunakan untuk tidur malam yang 7-8 jam semalam – bersamaan lebih daripada 2,500 jam dalam setahun! Sebab itulah kenapa tukar bantal ini sangat penting dan essential.

Ha, kalau tak yakin juga nak tukar bantal jom kita buat beberapa ‘test’:

  1. Cabut sarung bantal anda dan periksa bantal anda. Ada tak kesan peluh? Adakah ia terkoyak? Berbau aneh ke tidak? Jika, jawapan untuk semua ni adalah ‘ya’ then, anda wajib tukar bantal anda! Untuk pengetahuan anda, bantal kumpul sel kulit mati, kuman, hama habuk, lembapan dan kotoran. Makin lama kita guna, makin banyak yang terkumpul. Which boleh menyebabkan alergik serta kesukaran untuk bernafas ketika tidur.
  2. Lipat bantal kepada dua. Jika ia tidak berubah ke bentuk asal, itu bermaksud bantal anda sudah ‘mati’. Tapi untuk bantal yang mempunyai ‘king size’, anda perlu lipat kepada tiga, bukan dua.

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved