fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Dah macam pulau” – Hujan Lebat 2 Jam Tanpa Henti, Banjir Kilat Setinggi 1.5 Meter Landa Ibu Kota,

Hujan lebat sejak tengahari semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air secara mendadak ekoran limpahan Sungai Klang.

Antara kawasan yang terjejas adalah stesen LRT Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang, Jalan Gurney dan Kampung Baru.

 

Situasi banjir kilat di Masjid Jamek semalam. Kredit foto Twitter

Banjir Kilat setinggi 1.5 meter itu dilihat turut menenggelamkan puluhan motosikal dan kereta dan menyebabkan ribuan orang terkandas di kawasan berkenaan.

Paling menyayat hati, beberapa buah rumah di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur turut ditenggelami air.

 

Beberapa anggota bomba dilihat cuba mengalihkan motosikal di kawasan Masjid Jamek. Foto ihsan Twitter

Penduduk Kampung Periuk di Kampung Baru yang terkesan dengan bencana itu berkata paras air naik mendadak sehingga mencapai paras dada sejak jam 4.00 petang semalam.

Situasi itu disifatkan banjir yang terburuk pernah berlaku sejak berpuluh tahun mendiami kawasan berkenaan.

 

Situasi banjir kilat di ibu negara. Kredit foto Astro Awani

Widya Ismail, 34, berkata dia memang sentiasa bersedia setiap kali hujan lebat melanda ibu negara kerana sudah menjangkakan banjir kilat akan berlaku.

“Banjir kilat memang biasa jadi di sini, dan bila hujan sangat lebat sekitar jam 2.30 tadi, saya dan suami sempat memindahkan sedikit barangan ke tempat tinggi seperti atas katil dan meja.

“Namun sekitar jam 4 petang, air mula melimpah tanpa henti dan masuk ke dalam rumah dan selepas hampir dua jam, paras air semakin tinggi sehingga mencecah paras dada,” katanya memetik BH Online.

Katanya, semua barangan dalam rumah ditenggelami air dan hanya mampu menyelamatkan dokumen peribadi mereka sekeluarga.

 

Banjir kilat semalam turut menenggelamkan puluhan motosikal dan kereta/. Kredit foto Twitter

Difahamkan kesemua mangsa yang diselamatkan anggota bomba kini ditempatkan sementara di di dewan Kelab Sultan Sulaiman.

Terbaharu, Kementerian Wilayah Persekutuan menyifatkan banjir kilat yang berlaku semalam adalah luar biasa dan menunggu laporan terperinci Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencari punca mengakibatkan kejadian itu.

Situasi yang melanda ibu negara semalam disifatkan paling terburuk pernah berlaku.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah mengarahkan bilik operasi di Jalan Pekeliling dibuka segera bagi memantau kawasan yang terjejas selain memudahkan bantuan terhadap penduduk yang terlibat.

“Saya sudah arahkan pada petang tadi agar bilik kawalan dibuka untuk membuat pemantauan serta mendapatkan laporan terus dari lokasi yang terjejas.

“Saya difahamkan di Kampung Baru ada kenderaan dan rumah yang tenggelam, begitu juga di Masjid India. Jadi saya minta agensi berkaitan pantau… kalau ada perkara perlu diambil tindakan,” ujarnya.

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

“Dah macam pulau” – Hujan Lebat 2 Jam Tanpa Henti, Banjir Kilat Setinggi 1.5 Meter Landa Ibu Kota,

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved