Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Come On Gais Bantal Busuk Pun Kena Basuh Tau!

‘Bantal busuk’ lebih sinonim dengan tugasnya sebagai peneman tidur malah tidak boleh dipisahkan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Tetapi kali ini kecoh di laman sosial apabila satu posting mengenai bantal busuk yang ditumbui cendawan menjadi igauan pemilik bantal busuk.

Fizikalnya buruk, busuk pula tu tapi mungkin itu yang menjadi tarikan pemilik. Betul ke?

Bagaimanapun satu posting yang kembali tular baru-baru ini membuktikan sisi lain si bantal busuk.

Kredit foto: FB Kaki Share

Jijik dan geli. Itu yang boleh disimpulkan.

Bantal busuk itu tidak seharusnya diperam terlalu lama sehingga berkulat.

Sebab itu perlunya anda mencuci bantal anda setiap enam bulan sekali bagi mempelihari kualiti dan kebersihan bantal daripada segala mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kredit foto: Kaki Share

Tak perlu untuk hantar ke dobi kerana bantal kami ini tidak memerlukan special care.

Jika ada antara anda yang mempunyai bantal hotel DAG tetapi tidak tahu bagaimana cara penjagaannya, ayuh ikut tips ini:

  • Letakkan bantal anda ke dalam washing machine.
  • Jangan campurkan dengan produk lain seperti baju berwarna kerana ia akan memberi kesan kepada bantal anda.
  • Seterusnya, anda boleh menggunakan detergent dan softener daripada jenama yang anda sukai agar bantal anda sentiasa memberi kesegaran daripada haruman tersebut setiap hari.
  • Selepas bantal anda siap dibasuh, jika anda mempunyai sebuah mesin pengering di rumah anda, anda hanya perlu mengeringkan bantal yang sudah dibasuh itu dengan dryer tersebut.
  • Ingat! jika anda menjemur bantal di bawah pancaran matahari, bantal anda tidak akan menjadi 100% kering, sebaliknya isian akan menjadi bergumpal dan menyebabkan kualiti bantal kita berkurang. Jadi, anda perlu mengeringkan bantal anda dengan menggunakan mesin pengering di self-service dobi berdekatan anda jika anda tidak mempunyai dryer di rumah.
  • Kemudian, selesai sahaja proses keringkan bantal dilakukan, anda perlu menepuk kedua-dua belah bantal anda supaya dapat mengekalkan bentuk dan menggebukan kembali bantal yang anda telah basuh.

Haaa mudah kan? Ingat, jaga bantal busuk anda betul jangan sampai berkulat!

 

Baca: Anda Ada Bantal Busuk? Jom Ketahui Kesan ‘Bantal Kesayangan’ Terhadap Kesihatan Anda

Come On Gais Bantal Busuk Pun Kena Basuh Tau!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir