Hancur hati seorang bapa apabila melihat tindakan anaknya yang sanggup ‘mencederakan kesayangannya’.
Andrew Chua menerusi Facebook bercerita bagaimana remuk hatinya apabila bantal busuk kesayangan yang dimiliki lebih 25 tahun lalu telah dirosakkan anaknya.
Situasi itu berlaku apabila anaknya secara tidak sengaja telah menyebabkan bantal busuk berkenaan terkoyak dibahagian tengah.
Lebih menyedihkan, Andrew berkata isteri dan ibunya mencadangkan kepadanya untuk terus membuang bantal berkenaan berdasarkan ‘kecederaan’ yang dialami agak serius.
Terkesan dengan kecederaan bantal itu, dia mengakui sukar untuk melelapkan mata tanpa bantal busuk kesayangannya memandangkan bantal berkenaan sudah menemani tidurnya lebih 25 tahun.
“Ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi memandangkan ia adalah peninggalan terakhir daripada nenek saya,” katanya.
Bagaimanapun nasibnya masih lagi baik apabila bantal berkenaan mampu dibaiki oleh seorang tukang jahit mahir di ibu negara. Hasil kemahiran tukang jahit berkenaan, bantal busuk Chua tekah di’upgrade’ dan masih mengekalkan ‘bau’ yang sama.
Kisah ini mungkin lucu bagi sesetengah orang, tetapi bagi individu yang memiliki bantal busuk pasti dapat merasai kesedihan yang dialami Andrew.
Lebih-lebih lagi kecederaan itu dilakukan anaknya sendiri. haih!
Bagi anda yang mahu upgrade bantal busuk anda kepada bantal baru yang berkualiti, jangan lupa dapatkan segera dengan usahawan sah DAG.