5 KESILAPAN ORANG MEMILIH BANTAL YANG RAMAI ORANG TAK TAHU


Hari-hari anda tidur tapi belum tentu anda tahu bantal yang bagus dan sesuai untuk anda. Salah memilih bantal  boleh menyebabkan anda meninggal lebih awal.Jom lihat sama ada anda buat ke tak kesilapan dalam memilih bantal. 

1) Beli bantal sebab murah

Ramai orang yang kat luar sana yang selalu buat kesilapan ini. Anda mungkin fikir yang anda boleh selamatkan duit anda tapi belum tentu anda mampu selamatkan kesihatan anda. Bantal yang murah selalunya mempunyai kualiti yang rendah yang mana produk tersebut tidak mementingkan keselamatan pengguna. Tiada yang lagi mahal nilai selain dari kesihatan dan keselesaan.

2) Pilih bantal sebab orang pilih

Perasan atau tak yang kebanyakan orang bertindak atau mengambil keputusan  disebabkan oleh mereka dipengaruhi oleh keputusan orang lain. Atau senang cerita anda tak tahu pun sebab kenapa anda beli bantal. Anda beli bantal sebab jiran, rakan atau artis kegemaran anda pakai bantal yang sama. Adakah itu suatu tindakan yang betul? Kalau anda yang membeli anda berhak untuk tentukan yang mana bantal yang terbaik dan sesuai untuk anda.

3) Tak tahu kesesuaian bantal

Setiap orang mempunyai jenis dan tahap keselesaan masing-masing. Keselesaan adalah suatu yang subjektif. Anda seharusnya kenal dan tahu bantal yang mana menjadi pilhan dan kesesuaian anda. Seperti bantal DAG sendiri, kami mempunyai  pelbagai jenis bantal untuk menepati cita rasa anda untuk tidur nyenyak.Salah memilih bantal menyebabkan  anda tak selesa  dan lebih teruk lagi tengkuk dan kepala anda akan sakit dan sukar tidur malam.

4) Tak tahu tentang bantal

Kesilapan ini memang rata-rata orang pandang enteng sedangkan pengetahuan tentang bantal tetap penting untuk anda tahu. Anda perlu tahu ketahanannya, kualiti, cara nak pakai dan sebagainya. Kalau tahap ketahanan  bantal hanya 6 bulan, anda perlu bersedia untuk tukar bantal. Jangan pula anda tetap pakai bantal yang sama berbulan –bulan bertahun-tahun.

5) Tak tahu kelebihan bantal

Setiap bantal yang beli mesti ada kebaikan dan keburukan. Anda perlu tahu setiap kelebihan bantal yang anda beli supaya anda rasa berbaloi dengan modal yang anda keluarkan. Seperti bantal hotel DAG sendiri mempunyai kelebihan iaitu boleh dibasuh, tidak berdebu dan anti alergik dan 100% kualiti bantal hotel.

Inilah 5 kesilapan dalam memilih bantal hotel yang  ramai orang tak tahu. Pastikan anda elak dari melakukan kesilapan dalam memilih bantal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *