MENGENAI KAMI

8 TAHUN dalam Industri Kelengkapan Tidur

DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD (DAG) telah ditubuhkan pada 24 Februari 2016 di Parit Raja, Johor.

Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Tuan Das Abdul selaku Chief Executive Officer dan isterinya, Puan Sapinah Muhammad selaku Co Founder Managing Director. Car booth Sale menjadi platform pertama beliau menjual bantal bersama isteri di pasar malam Parit Raja Johor. Idea tercetus selepas beliau membaca posting daripada Dr. Azizan Osman yang juga merupakan mentor pemasaran No 1 Asia, memberikan info untuk berniaga apa yang ada ditangan ketika itu, dan hanya bantal sahaja ada ditangan beliau. Sehingga kini, DAG telah menjual sebanyak 1 Juta unit bantal dan mempunyai lebih 2,000 ejen di seluruh Malaysia.

DAS ABDUL GLOBAL SDN. BHD. - 201601042290 ( 1213232-A )

Latar Belakang Pengarah

Managing Director

Puan Sapinah Muhammad merupakan Co-Founder serta isteri kepada Tuan Das Abdul. Mempunyai Ijazah dalam bidang kejuruteraan awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) .Beliau mula mendapat pengalaman awal bekerja di sebuah syarikat kontraktor di Kuala Lumpur sebagai Jurutera Awam. Setelah berkahwin dengan Tuan Das Abdul pada tahun 2012, beliau mula menetap di Kelantan dan membantu Tuan Das Abdul dalam bisnes pengurusan hotel serta resort. Selain dari pengalaman sebagai jurutera serta pengurusan hotel,

Puan Sapinah juga mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam bisnes jualan langsung yang banyak membantu beliau dalam pengurusan bisnes Das Abdul Global kini. Ibu kepada dua orang anak ini sentiasa positif serta komited dalam menjalankan tugasnya sebagai isteri, ibu serta menjadi tulang belakang kepada Das Abdul Global Sdn. Bh

CEO - Chief Executive Office

Tuan Das Abdul merupakan anak kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim dan mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Sebaik sahaja tamat pengajian, Tuan Das Abdul mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam dalam pembinaan sebuah resort serta pusat latihan di Kelantan. 

Mula terjebak dalam bidang perhotelan apabila beliau di tawarkan untuk menjadi Pengurus kepada resort tersebut. mempunyai pengalaman lebih 8 tahun.Berkahwin dengan Puan Sapinah Muhammad yang juga Co-Founder Das Abdul Global Sdn Bhd pada tahun 2012 dan dikuniakan dua orang cahaya mata. Setelah memulakan bisnes bantal hotel DAG,

 Tuan Das membuat keputusan untuk berguru dengan Mentor Pemasaran No 1 di Asia, Doktor Azizan Osman dan beliau merupakan antara anak didik Dr. Azizan yang berjaya mencapai kemajuan serta keputusan bisnes yang paling cepat. Tuan Das juga merupakan salah seorang Titanium Premier dibawah syarikat Richworks

CEO DAS ABDUL GLOBAL SDN. BHD.

Kata- Kata Aluan

lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) yang bermula pada tahun 2016, di car boot sale kini telah berjaya meraih jualan bantal sehingga ratus ribu sebulan. Ini semua takkan terjadi tanpa doa dan usaha, serta sokongan daripada orang sekeliling terutama sekali, isteri tersayang, Puan Sapinah.

Pada awalnya, perniagaan saya tidak lah semudah yang disangka kerana saya meninggalkan zon selesa saya dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang Jurutera Awam. Dari situ saya bertindak untuk menghadiri program Richworks demi memperkasa perniagaan bantal ini.

Das Abdul Global kini dapat terbentuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya dan makin berkembang hari demi hari sehingga lah kami telah berjaya menjual lebih dari 2 juta biji bantal di Singapura, Brunai, Indonesia dan seluruh Malaysia . DAG juga membuka peluang kepada semua untuk menjadi ‘Usahawan DAG’ kerana saya berniat ingin membantu mereka dari segi taraf hidup serta ekonomi.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga saya atas sokongan yang sentiasa diberi, Dr Hj Azizan Osman dan team Richworks atas tunjuk ajar dan didikan mereka, team-team saya di HQ dan juga para Usahawan DAG kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya. Tanpa mereka, Das Abdul Global tidak akan wujud pada hari ini.

Tuan Das Abdul – CEO DAG SDN. BHD

VISI DAG

DAG jenama bantal dan kelengkapan rumah yang dikenali dan dipercayai di seluruh Asia.

MISI DAG

  • Mengeluarkan bantal dan kelengkapan
    rumah yang berkualiti tinggi
  • Melahirkan Jutawan Dermawan dikalangan Usahawan DAG
DAS ABDUL GLOBAL SDN. BHD.

GET READY FOR A WIN

Bantal DAS ABDUL Terjual
0
Bidang Bantal
0 Tahun
Produk Das Abdul
0 +