Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Yeayy Tol Free, Jom Balik Kampung

Yeayyy tak lama dah nak raya, jom balik kampung!

“Hati gembira, oh tak terkata
Nak pulang raya, jauh di desa
Rasa gembira, sedih pun ada
Sebab tahun lepas tak dapat beraya (bersama) (keluarga)”.

Ya, korang dah tak sabar nak balik kampung kan? Tapi dah bersedia ke nak hadap jammed?

Sebelum korang bersedia untuk memulakan perjalanan balik kampung bersama keluarga tersayang,rancang perjalanan anda seperti yang disarankan pihak Lembaga Lebuhraya bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Sementara itu, bagi yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.

Jadual perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Patuhi setiap saranan yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan.

Selain itu sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara menawarkan tol percuma dan diskaun sempena sambutan Aidilfitri bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Selain itu tol percuma juga diberikan kepada pengguna Plus dan LPT yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.

Manakala tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.

Bagaimanapun jika anda mempunyai anak kecil dan perjalanan ke kampung memakan masa yang lama,  anda juga disarankan untuk membawa makanan dan bantal kecil untuk kegunaan anak anda untuk keselesaan sepanjang perjalanan.

Bantal mini microfiber atau lebih dikenali bantal travel DAG sangat sesuai sebagai teman perjalanan anda selain sesuai untuk dijadikan alas pinggang semasa memandu atau tidur di hentian R&R.

Tidur Sekejap Boleh Menyelamatkan Nyawa

Terdapat banyak kes kemalangan maut disebabkan oleh tertidur atau terlelap ketika memandu. Tidur seketika atau nap boleh mengembalikan tenaga anda untuk memandu ke destinasi.

Istimewa bersaiz kompak, ringan serta mudah di bawa dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Juga boleh dibasuh menggunakan mesin mencuci pakaian.

Anda boleh dapatkan koleksi Boudior ini daripada reseller sah DAG di seluruh negara.

 

 

Yeayy Tol Free, Jom Balik Kampung

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir