Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

WANITA INI BERJAYA BUKTIKAN KUASA DROPSHIP

 

Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia ni bukan semudah tu kita nak tutup. Sering kali kita dengar pepatah tak diiktiraf yang dicipta sendiri oleh persatuan mulut-mulut tak berlesen ‘ Tak payah la nak buat dua kerja nanti kau penat, suami kan ketua keluarga pandai la dia urus bagi nafkah semua’ atau ‘Alahai kalau kau buat dua tiga kerja pun, duit kau takat tu jugak la lagi-lagi buat bisnes kau ingat nak senang mudah macam kau fikir tu ke?’. Wah sungguh pedas sindiran tu, ibaratnya kalau dalam masakan letak cili macam tu dah berapi siapa yang makan, pedasnya bukan kepalang.

Bila situasi sebegini terjadi semestinya pemikiran segelintir masyarakat tersebut masih ditakuk yang lama iaitu percaya bukan mudah untuk berbisnes apatah lagi nak berjaya. Stereotaip masyarakat percaya perniagaan yang berjaya ni mesti diwarisi keluarga atau mempunyai modal yang banyak dahulu baru boleh jalankan perniagaan dengan lancar. Silap tu, kalau fikir macam tu sampai bila-bila la tak berjaya.

Zaman dah berubah, pelbagai kecanggihan teknologi dah pun dikecapi jadi tak salah kalau anda turut lakukan sesuatu perubahan di minda anda. Ikuti kisah menarik semangat kental seorang wanita penjawat awam menjana pendapatan dengan hanya menjual bantal sahaja.

Zuraidah Yusoff, 39, sememangnya sudah lama mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Apabila melihat pelbagai posting di Facebook tentang produk bantal Das Abdul Global (DAG), semakin membuak-buak perasaan tidak sabar untuk mencuba berniaga bantal DAG seiring dengan matlamat DAG yang ingin membantu sesiapa sahaja mengubah hidup menjana pendapatan melalui kualiti bantal yang ditawarkan dapat memberi keselesaan sepenuhnya kepada pengguna.

Atas niat ingin membantu menambah pendapatan keluarga, mulanya beliau hanya ingin menjadi dropship DAG sahaja tetapi, selepas berhubung bersama team DAG, dari dropship beliau terus terjebak dan berminat untuk menjadi usahawan DAG.

“Bantal DAG sememanya lain dari yang lain, berkualiti tinggi, gebu dan lembut sudah pasti menambat hati

 

sesiapa sahaja untuk merasainya.

First saya guna bantal ni saya dah dapat rasa dan percaya bantal ni boleh pergi jauh dan mudah untuk dijual dengan pulangan keuntungan sangat berbaloi,” ujar beliau.

Selain itu, beliau cukup bersyukur kerana baru sebulan lebih menjadi usahawan DAG, hampir 300 biji bantal DAG terjual dengan jayanya.

“Betul la pendapat usahawan-usahawan DAG yang lain, bantal DAG sangat best kerana dapat bagi manfaat dan bantu mereka tidur selesa tanpa sakit leher dan bangun segar di pagi hari.

“Pengguna ni bukan apa pun, diaorang nak benda yang terbaik dan puas hati jadi bila dah jumpa memang rakus la diaorang sambar,” katanya.

Walaupun perniagaan bantal DAG ini hanyalah pekerjaan sampingan sahaja buat beliau namun, keuntungan yang diperoleh sentiasa memberi dorongan serta menjadi titik permulaan untuk beliau berjaya.

“Alhamdulilah suami dan keluarga tak henti memberi semangat dan bangga dengan pilihan saya untuk berniaga bantal DAG ini, bila pengguna dah guna bantal DAG, saya tak perlu cari mereka tapi sebaliknya mereka datang cari saya.

“Saya harap kisah saya ini menjadi inspirasi buat anda yang mempunyai minat dalam perniagaan dan niat untuk tambah pendapatan, insyallah Allah akan bantu kalau kita usaha untuk mendapatkannya,” jelas beliau ketika ditemuramah baru-baru ini.

 

 

WANITA INI BERJAYA BUKTIKAN KUASA DROPSHIP

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir