fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Travel Jauh Balik Kampung” – Periksa Kenderaan Anda Sebelum Bergerak

“Baju raya dah siap, rumah dah settle.. hmm apa lagi yang belum ya?”

Haa kereta!

Selain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, anda juga perlu mengambil kira keselamatan kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.

Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan.

1. Tayar Kereta

Tayar merupakan antara komponen penting kereta yang bersentuhan dengan jalan raya.

Pastikan tayar kenderaan anda berada dalam keadaan baik, periksa bunga tayar dan sediakan tayar gantian sementara di dalam bonet kereta anda.

2. Brek Kereta

Periksa pad brek kereta anda, pastikan paras minyak berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, menurut carsome ini merupakan 7 tanda amaran brek anda perlu diperiksa:

Bunyi – bunyi berciut, bergeser atau ketukan semasa membrek;
Seret – kenderaan terseret ke tepi apabila membrek;
Pedal rendah – pedal brek rendah mencecah ke lantai apabila membrek;
Pedal keras – pedal brek terasa keras dan perlu dipijak dengan kuat semasa membrek;
Mencengkam – brek mencengkan dengan sedikit sentuhan pada pedal;
Bergetar – pedal brek bergetar atau berdenyut walaupun semasa membrek secara normal;
Lampu – lampu brek menyala pada papan pemuka kenderaan anda.
tukar minyak hitam secara berkala

3. Minyak Enjin

Minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut tempoh penyelenggaraan. Periksa paras minyak enjin supaya berada di takat yang sepatutnya.

4. Wiper atau Pengelap Cermin

Wiper kereta memainkan peranan dalam membantu meningkatkan jarak penglihatan di hadapan anda. Oleh itu, pastikan air di dalam bekas washer fluid penuh dan mencukupi untuk kegunaan semasa perjalanan. Untuk elakkan nozel daripada tersumbat, anda disarankan untuk menggunakan air suling atau mineral.

5. Lampu

Pastikan semua lampu kereta anda berfungsi dan menyala dengan baik terutamanya jika memandu pada waktu malam untuk memastikan pemanduan yang lebih lancar dan selamat.

6. Bateri Kereta

Sama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasi pada tahap yang terbaik.

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2022 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved