Tournament Bowling Master Leader 2018

 

Hari ini tercatat satu lagi sejarah dalam keluarga Das Abdul Global apabila berjaya melangsungkan Perlawanan Bowling Master Leader DAG yang pertama Perlawanan diadakan di Wangsa Bowl, IOI Putrajaya dan disertai lebih kurang 35 orang termasuk 2 team dari HQ DAG.
Siapa sangka, disebalik seni menjual bantal terselit bakat untuk bermain bowling. Rupanya ada dikalangan Master Leader & Top Reseller ni memang Top Striker, siap ada personal bola bowling dan kasut sendiri lagi. Yang top longkang pun ada jugak.

Tak kisah lah, top strike atau top longkang yang pasti semua yang menyertai harini gembira bila dapat sama-sama berjumpa dan habiskan masa bermain bowling bersama. Turut menjayakan adalah Master Leader dari Johor Bharu, Amirah Aripin dan Master Leader dari Terengganu Norwirdaus. Jauh datang dari Timur dan Selatan semata-mata untuk beri komitmen bersama-sama.

Johan Pertandingan Bowling dimenangai oleh Kumpulan Hclass yang diwakili oleh ML Nurain, ML Nor Adlin, PR Azlan & Aizudin. Mereka menerima hadiah utama berupa sebuah Tilam Latex.Top Striker dimenangi oleh En Farouk dan hadiah utama Mr Mushi Mushi dimenangi oleh Premium Reseller Azlan.

Kami dari Team HQ DAG mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Master Leader Puan Salmiah selaku ketua program, semua Master Leader, Reseller serta ahli keluarga yang turut menjayakan program kali ini.

Semoga program sebegini dapat merapatkan silaturahim antara kita semua dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan DAG..