Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Top 10 Lagu Raya Evergreen Popular

Berbaki hanya beberapa hari sebelum tibanya takbir raya, tidak lengkap rasanya tidak mendengarkan lagu-lagu raya.

Tidak dinafikan setiap lagu raya mengimbas kembali memori sambutan hari raya sebelum ini.

Secara peribadi, penulis gemarkan lagu dendangan Sanisah Huri berjudul Bersabarlah Sayang.

Mengingatkan penulis bergemanya lagu ini ketika bersama-sama menganyam ketupat hampir 20 tahun lalu – bersama-sama arwah nenek, sepupu sepapat dan ramai lagi. Meriahnya!

Tahun ini, pastinya tidak terkecuali. Meskipun sudah banyak lagu raya baharu yang dikeluarkan namun tetap tidak boleh menandingi kemeriahan lagu raya dulu-dulu.

Lagi meriah bila mengemas sambil menghias rumah dengan mendengarkan lagu-lagu hari raya yang evergreen, tidak jemu didengarkan saban tahun! Boleh terimbau kenangan dulu-dulu turut bantu bersama ahli keluarga lain mengemas rumah.

Mungkin hujung minggu ini sudah ramai yang mula pulang ke kampung halaman. Jadi bolehlah bersedia dengan senarai lagu hari raya ‘evergreen’ ini bagi menemani perjalanan pulang anda nanti.

1. Menjelang Hari Raya – Dato’ DJ Dave

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa
Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

2. Suasana Hari Raya – Anuar Zain dan Ellina

Hay ya ya yay
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Ho hm
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

3. Pulanglah – Aisyah

Sayang, di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan jiwa raga
Pulanglah kepangkuan ku oh sayang
Ku menunggumu di hari raya

4. Sesuci Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza

Sesuci di hening subuh sunyi
Sesuci terdengar nurani
Sesuci salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri
Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat sanak saudara
Sama sama kita gembira
Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat sanak saudara
Sama sama kita gembira

5. Nazam Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza

Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri
Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi insani
Syukurlah (kepadaNya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa
Bergemalah nazam Lebaran
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia
Dendang, mari kita berdendang
Dendang lagu nazam Lebaran
Tingkah, mari kita bertingkah
Alun nazam Lebaran
Bergemalah nazam Lebaran
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Bergemalah nazam Lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri
Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi insani
Syukurlah (kepadaNya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa
Bergemalah nazam Lebaran
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia
Dendang, mari kita berdendang
Dendang lagu nazam Lebaran
Tingkah, mari kita bertingkah
Alun nazam Lebaran
Bergemalah nazam lebaran
Puji kepada Ilahi
Takbir di pagi mulia
Raikan (raikan) Lebaran (Lebaran)
Di hari kemenangan
Puji kepada Ilahi (puji pada Ilahi)
Takbir di pagi mulia (takbir mulia)
Raikan (raikan) Lebaran (Lebaran)
Di hari kemenangan
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran

6. Nostalgia Aidilfitri – Datuk Sharifah Aini

Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang
Ku hulur tangan
Di aidilfitri di aidilfitri
Ku pohon restu
Buat mu kasih di aidilfitri
Mengimbas daku kata kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidilfitri ikhlas dari ku
Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku terkenang daku
Takbir bergema
Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan
Terasa bersih di aidilfitri
Di aidilfitri kita bertemu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidilfitri
Terkenang daku cinta yang satu
Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku terkenang daku
Takbir bergema
Ku tunduk sujud buat mu kasih
Teringat daku kebesaran mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidilfitri di aidilfitri
Kita bertemu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidilfitri
Terkenang daku cinta yang satu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidilfitri
Terkenang daku cinta yang satu
Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidilfitri
Terkenang daku cinta yang satu
Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidilfitri ikhlas dari ku

7. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri

Semua insan sedang gembira di hari ini, sayang
Hari yang mulia, marilah bersama berhari raya, hilangkan duka
Lupakan saja kisah yang lalu, gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan, jangan engkau tangiskan
Pada mereka yang ‘tak mengerti
Menuduh dirimu, di jurang kesalahan saja
‘Ku ‘tak sampai hati, biarkan engkau sendiri
Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita dan luka di dada
Hanya ‘ku harapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu
Pada mereka yang ‘tak mengerti
Menuduh dirimu di jurang kesalahan saja
‘Ku ‘tak sampai hati biarkan engkau sendiri
Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita dan luka di dada
Hanya ‘ku harapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu

8. Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Mamat

Duhai bonda, duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpaku sedari
Air mataku mengalir
Terdengar ayat seruan takbir
Betapa daku gembira
Jika di samping keluarga
Di pagi mulia
Hari raya
Kan ku sujud di kakimu
Bila kita bertemu
Kan kucium tanganmu
Ku pohon restumu
Oh maafkan daku
Kesalahan diriku
Walau jauh di mata
Namun kau tak dapat kulupa
Doaku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu darimu
Oh ayah dan ibu
Agar tercapai citaku
Membela nasibmu
Kan kusujud di kakimu
Bila kita bertemu
Kan kucium tanganmu
Ku pohon restumu
Oh maafkan daku
Kesalahan diriku
Kesalahan diriku
Kesalahan diriku

9. Balik Kampung – Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hatiku berilah pedoman
Cahaya di aidilfitri
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hatiku berilah pedoman
Cahaya di aidilfitri

Ada banyak lagi rasanya lagu hari raya yang sering menghiasi hari raya setiap tahun. Jadi jangan lupa selitkan 10 senarai ini nanti.

Semoga perjalanan pulang ke kampung masing-masing dilindungiNya dan jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati ya! Jika mengantuk, pastikan anda berehat dan tidur sekejap.

Ingat, anda pulang dengan tenang, raya selesa bersama DAG!

Sumber: Youtube

Baca lagi: Lelong! Bawa Balik Lockware DAG Dengan RM30 Sahaja

Top 10 Lagu Raya Evergreen Popular

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir