Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

TIPS JAGA BANTAL DI RUMAH YANG ANDA PERLU TAHU

Das Abdul Global sememangnya terkenal dengan bantal hotel yang dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik. Majoriti pengguna lebuhraya pasti tidak asing lagi dengan billboard berwarna ungu menampilkan imej seorang lelaki berkaca mata memeluk bantal berwarna putih. Memegang slogan “Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang”, bantal ini begitu popular dalam kalangan masyarakat.

Selain daripada menjual pelbagai jenis bantal hotel dengan jenis material dan kelembutan yang berbeza, DAG juga mempunyai variasi kelengkapan bilik tidur yang lain seperti tilam, sarung bantal, selimut dan lain-lain. Sudah ramai pun yang telah membeli bantal hotel daripada kami, atas alasan mereka sudah lama mencari bantal hotel untuk dibeli namun DAG sahaja yang dapat memenuhi kehendak pelanggan: murah & mudah. Namun apa yang sering kami dapat feedback daripada pelanggan kami adalah mereka tidak tahu tentang cara penjagaan bantal DAG serta bagaimana hendak mengekalkan kualiti dan kepadatan supaya tidak menjai lembik dan kempis.

Tahukah anda, kami di DAG ini bukan sahaja ingin memenuhi hasrat semua dengan menjual bantal hotel dengan harga yang berpatutan, kami juga memastikan produk kami ini mudah untuk dijaga dan boleh dibasuh sahaja dengan menggunakan mesin basuh di rumah. Tak perlu untuk hantar ke dobi kerana bantal kami ini tidak memerlukan special care.

Jika ada antara anda yang mempunyai bantal hotel DAG tetapi tidak tahu bagaimana cara penjagaan nya, DAG ada beberapa tips untuk anda:

  1. Letakkan bantal anda ke dalam washing machine. Jangan campurkan dengan produk lain seperti baju berwarna kerana ia akan memberi kesan kepada bantal anda. Daripada warna putih sesuci merpati ha ameko terus warna-warni. Kita pun perlu mengekalkan originality bantal tersebut sebagai bantal hotel. Oleh itu, anda jadi dinasihatkan untuk tidak campurkan dengan produk lain.
  2. Seterusnya, anda boleh menggunakan detergent dan softener daripada jenama yang anda sukai agar bantal anda sentiasa memberi kesegaran daripada haruman tersebut setiap hari.
  3. Selepas bantal anda siap dibasuh, jika anda mempunyai sebuah mesin pengering di rumah anda, anda hanya perlu mengeringkan bantal yang sudah dibasuh itu dengan dryer tersebut. Ingat! jika anda menjemur bantal di bawah pancaran matahari, bantal anda tidak akan menjadi 100% kering, sebaliknya isian akan menjadi bergumpal dan menyebabkan kualiti bantal kita berkurang. Jadi, anda perlu mengeringkan bantal anda dengan menggunakan mesin pengering di self-service dobi berdekatan anda jika anda tidak mempunyai dryer di rumah.
  4. Kemudian, selesai sahaja proses keringkan bantal dilakukan, anda perlu menepuk kedua-dua belah bantal anda supaya dapat mengekalkan bentuk dan menggebukan kembali bantal yang anda telah basuh.

Demikianlah tips-tips penjagaan bantal yang boleh anda dilakukan di rumah. Anda tidak perlu risau untuk mencari dobi dan membayar mahal kerana bantal DAG ni sangatlah mudah untuk dijaga.

TIPS JAGA BANTAL DI RUMAH YANG ANDA PERLU TAHU

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir