Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tip Jadikan Bantal Tidur Kembali Empuk

Tip Jadikan Bantal Tidur Kembali Empuk


Tahukah anda bahawa rahsia tidur yang lena adalah dengan bantal yang empuk sempurna? Sesetengah orang sukar untuk melelapkan mata dan adanya mengalami sakit tengkuk kala bangun dari tidur.Ia berpunca dari masalah bantal yang semakin menipis atau tidak lagi empuk seperti baru. Di sini DAG kongsikan tip menjadikan bantal tidur kembali empuk agar tidur anda lena dan nyenyak sepanjang malam.

Kaedah Bola Tenis

Jika anda memilih untuk mengeringkan bantal yang siap dicuci ke dalam mesin pengering, ia boleh mengembalikan keempukkan bantal. Caranya adalah dengan memasukkan sebiji bola tenis ke dalam sehelai stokin tipis dan ikat stokin tersebut untuk mengelakkan bola tenis itu dari terkeluar. Masukkan bola tenis yang telah dimasukkan ke dalam stokin tersebut ke dalam mesin pengering bersama bantal anda untuk mengembalikan keempukkan fiber bantal tersebut.

Kaedah Sinaran Matahari

Hakikatnya, setiap orang akan berpeluh kala tidur malam. Hasilnya, ia akan menyebabkan bantal menjadi lembap. Jika anda mula sedar bantal anda menjadi semakin menipis, letakkannya di bawah cahaya matahari untuk beberapa jam. Selaran terik mentari mampu menyejat lembapan dalam bantal sekaligus membuatkan bantal kembali empuk.

Kaedah Menggunakan Tangan

Setiap kali sebelum dan selepas tidur, pastikan anda menggunakan kaedah ini untuk pastikan bantal sentiasa empuk sempurna. Pegang di kedua-dua bahagian tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik serta menolak ke bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Pastikan bantal DAG  sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal.


Tip Jadikan Bantal Tidur Kembali Empuk

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir