Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tidur Rawat Badan Dan Minda

Adakah anda tahu sebetulnya berapa lama tempoh masa tidur yang cukup untuk manusia? Ada yang berpendapat 8 jam sehari, sejauhmanakah kesahihan fakta tesebut?

Menurut kajian yang dijalankan oleh UCSD menunjukkan rahsia umur panjang adalah hanya tidur yang cukup sekitar 6.5 jam sehari. Jadi, adakah tidur anda melebihi atau kurang daripada waktu yang dinyatakan?

Tidur amat penting kerana ianya merupakan waktu untuk kita rehat setelah melakukan pelbagai aktiviti dalam rutin harian dan dapat merawat badan serta minda.

Memetik dari berita harian online, tidur berpanjangan selalunya dikaitkan dengan sifat malas tetapi hakikatnya ia adalah rahsia kepada penawar segala penyakit. Waktu tidur yang cukup penting kerana dapat berehat dan berkait rapat dengan sistem saraf autonomik yang mengawal beberapa proses tubuh seperti tekanan darah, kadar pernafasan yang bekerja secara automatik tanpa disedari serta sekiranya terganggu, meninggalkan kesan kepada badan.

Mari kita lihat apakah kebaikan bila kita tidur:

  • Membantu Pertumbuhan & Pemulihan Tisu

Tahukah anda, ketika tidur, otak akan menghasilkan hormon bagi menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan semula tisu bertujuan memperbaiki pembuluh darah. Hormon tersebut dapat meningkatkan sel darah, mewujudkan lebih banyak sel darah putih yang membantu melawan virus dan bakteria. Sistem imunisasi kita bergantung kepada tidur dalam membantu tubuh badan untuk pulih dari jangkitan penyakit, pembedahan dan trauma.

  • Memori dan konsentrasi

‘Proses Penyatua Emosi” berlaku apabila kita tidur, memori dan kemahiran yang diperlari diperkuatkan serta ditambah baik beralih kepada otak yang lebih kekal dan efisyen. Bukan itu sahaja, tanpa kita sedar tidur juga turut meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.

  • Jantung Sihat

Pernah dengar tidur dikaitkan dengan jantung sihat atau tidak? Ya, benar! tidur yang berkualiti dapat mengurangkan beban terhadap jantung anda kerana tekanan darah dan kadar degupan jantung menurun pada waktu malam. Namun, jika anda kurang tidur atau terlebih tidur pula berisiko tinggi untuk menghidap Hiperlipidemia iaitu keadaan kolesterol di dalam darah berada pada tahap tinggi dan boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

  • Kesihatan Tulang

Bukan jantung sahaja, tulang juga turut memberi kesan terhadap tidur anda. Ketika kita tidur, tulang akan memainkan peranannya membaik pulih, menggantikan tulang lama dengan baru dan membentuk semula tulang lemah disebabkan kerosakan mikro berpunca daripada pelbagai aktiviti harian yang dilakukan anda.

  • Mengawal Emosi

Memang tidak dapat disangkal lagi, kalau tak cukup tidur akan mempengaruhi mood, emosi serta aktiviti harian anda bukan? Selalunya anda lebih bersikap diluar kawalan seperti marah, lesu dan ada sahaja yang tidak kena dengan apa yang anda lakukan pada hari tersebut. Benar, kurang tidur akan membuatkan emosi anda terganggu dan tertekan malah boleh meningkatkan insomnia. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup agar minda cergas, badan sihat dan kekal gembira sepanjang hari!

Ingatlah, tidur berkualiti merawat serta menjamin kesihatan tubuh badan anda. Jangan pandang enteng jika tidur anda tidak cukup, segeralah berjumpa dengan doktor.

Tidur Rawat Badan Dan Minda

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir