fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Style! Kembali Tular, Hebat Negaraku By GLCs Suntik Semangat, Keikhlasan Barisan Hadapan Negara

Semasa aku perlu kau membantuku,

Semasa aku berhenti kau mendorongku,

Semasa aku santai kau disampingku,

Semasa aku maju kau hebatkanku,

Semasa sentiasa dan selamanya, inspirasiku tanah tumpahnya darahku, hebatnya negaraku…

 

 

Merinding bulu roma saat mendengar bait-bait Hebatnya Negaraku.

Mengangkat nilai dan pengorbanan negara dalam berdepan konflik, Hebatnya Negaraku disifatkan satu suntikan semangat buat pemimpin negara dalam berdepan kekangan ekonomi semasa.

Disebabkan pandemik Covid-19, ramai yang terjejas. Keikhlasan yang ditunjukkan pemimpin dan barisan hadapan sebagai ‘hero’ dalam menyelamat Malaysia dapat disimpulkan dalam bait-bait lagu ini.

Hebatnya Negaraku seakan memberi penghargaan di tempat tertinggi kepada barisan hadapan yang selama ini berpenat lelah membantu rakyat Malaysia.

Patriotisnya lagu ini digambarkan dengan semangat ketua-ketua Goverment Linked Company (GLC), kehebatan dan aura mereka dapat dirasai penonton dalam memberi semangat ‘Malaysia Boleh’ ketika mengenangkan saat barisan hadapan negara berperang melawan Covid-19 dan usaha mereka memulihkan kembali enonomi rakyat.

 

 

‘Bukan biasa-biasa’ malah lagu mampu memberi semangat luar biasa di saat kita semua sedang dalam mood menyambut hari kemerdekaan dengan cara sederhana, beberapa hari lalu.

Dinyanyikan sepenuhnya oleh ketua-ketua Goverment Linked Company (GLC), kehebatan dan aura mereka dapat dirasai penonton.

Kembali tular sejak beberapa hari lalu, ramai yang beranggapan bahawa video berdurasi 4.32 minit yang dirakam pada 2018 seolah menggambarkan situasi yang melanda negara kita sekarang.

Hebatnya itu bukan pada pemimpin dan barisan hadapan semata-mata, tetapi rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati tanpa mengira warna kulit dan agama dalam berdepan konflik sejak Mac lalu.

Menariknya lagi, pembukaan video muzik itu diserikan dengan kehadiran bekas CEO CIMB Group yang juga Menteri Kewangan kini, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Antara yang kelihatan adalah CEO Celcom, Mohamad Idham Nawawi, bekas Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Datuk Seri Amrin Awaludin dan bekas Pengerusi UEM Sunrise Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa yang bermain gitar.

 

 

Manakala CEO RHB Banking Group, Datuk Khairusalleh Ramli bertindak sebagai pemain drum dengan diiringi sebelas CEO GLC yang lain sebagai penyanyi.

Bekas Pengarah Urusan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, bekas Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Badlisham dan bekas CEO UEM Group, Datuk Izzaddin Idris.

Lagu berjudul “Hebat Negaraku” berkisar mengenai kehebatan, kemajuan dan inspirasi sebagai sebuah Malaysia.

Video muzik berkenaan juga memaparkan beberapa keping foto ketua CLG itu bersama masyarakat menerusi program syarikat mereka.

Meskipun video ini telah dirakam beberapa tahun lalu, malah ada diantara mereka telah menamatkan khidmat mereka, kami team DAG mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Malaysia!

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Style! Kembali Tular, Hebat Negaraku By GLCs Suntik Semangat, Keikhlasan Barisan Hadapan Negara

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved