fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Squid Game Drama Korea Trending No 1 di Netflix – Berikan 6 Pengajaran!

Squid Game drama korea yang sedang trending No 1 di Netflix dan viral hingga ke ruang #fyp di Tiktok ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia. DAG terpanggil untuk sama-sama review drama ini dan ingin kongsikan beberapa pengajaran dalam drama ini yang kita boleh jadikan sebagai ikhtibar dalam kehidupan.

 

Sinopsis Squid Game

Drama Squid Game ini bermula dengan kisah seorang duda iaitu Seong Gi-Hun yang dibintangi oleh Lee Jung-Jae yang tiada pekerjaan dan lebih teruk lagi hidupnya penuh dengan hutang keliling pinggang sehingga dia terdesak menyertai satu permainan game kanak-kanak hanya kerana ingin memenangi wang jutaan ringgit. Permainan ini menghimpunkan seramai 456 orang yang mempunyai masalah yang sama seperti Seong Gi-Hun. Untuk memenangi wang jutaan ringgit itu, mereka perlu melengkapkan 6 permainan. Squid Game yang disangka hanya sekadar permainan tu bertukar menjadi tragedi ngeri apabila mereka sedang melengkapkan permainan pertama iaitu, Lampu Merah lampu hijau (permainan kanak-kanak di Korea) atau lebih dikenali sebagai “Pukul berapa datuk harimau” oleh rakyat Malaysia, peserta yang kalah ditembak mati membuatkan mereka tersedar ini bukan permainan biasa tetapi mereka mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

 

Antara barisan pelakon hebat drama Squid Game ini adalah Lee Jung-Jae, Park Hae-Soo, Oh Young-Soo, Jung Ho-Yeon, Heo Sung-Tae, Kim Joo-Ryung, Tripathi Anupam dan ramai lagi.

 

6 Pengajaran dari Drama Squid Game

 

Drama Squid Game ini mempunyai 9 episod dan setiap episod memberikan pengajaran yang berbeza kepada kita dalam kehidupan mahupun bisnes. 6 Pengajaran dari drama Squid game adalah: 

 

  1. Hutang buat diri merana

Seong Gi-Hun yang memegang status penganggur kehormat dan hutang keliling pinggang membuatkan dia sentiasa nak dapatkan duit dengan cara yang mudah iaitu berjudi dan disebabkan itu, hutang dia semakin hari semakin bertambah sehingga dia terjebak dengan permainan hidup dan mati. Dalam bisnes pun sama, nak berjaya bukan satu perkara yang mudah, tetapi ianya bukanlah mustahil. Lagi besar sesuatu bisnes lagi tinggi risiko, silap langkah habis semuanya. Bagi anda yang baru mula nak bisnes, dinasihatkan jangan mulakan bisnes anda dengan berhutang tetapi sebaiknya mulakan dengan zero modal dan besarkan bisnes sedikit demi sedikit atas duit keuntungan. Paling penting kena ada Big Why dan matlamat yang jelas.

 

  1. Terdesak dalam memilih 

Berada dalam keadaan terdesak, tiada wang, ditinggal isteri dan anak, kehidupan yang tidak terurus dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi oleh para peserta Squid Game ini membuatkan mereka sanggup meneruskan permainan hidup dan mati ini walaupun telah diberikan peluang untuk pulang. Setiap orang mempunyai pilihan dalam hidup samada mahu pilih jalan yang baik atau tidak baik. Kita perlu bijak dalam memilih dan perlu ingat setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jika anda sekarang sedang mengalami situasi terdesak yang sama, sentiasa berfikiran positif, bercerita masalah dengan orang boleh dipercayai seperti ahli keluarga, cari jalan keluar yang terbaik dan berusaha untuk capai apa yang diingini. Hukum buat mesti dapat!

 

  1. Kejujuran dalam hubungan

Jika anda ingat dalam satu adegan di mana Ali lakonan hebat Tripathi Anupam dan Cho Sang-Woo lakonan Park Hae-Soo ketika berganding sebagai satu pasukan untuk permainan guli. Ali telah dikhianati oleh Sang Woo dengan menukarkan guli Ali dengan batu dan akhirnya mengakibatkan Ali mati ditembak. Sama juga bila kita berbisnes, untuk pastikan bisnes terus bertahan dan maju amat penting untuk kita memilih rakan kongsi, pembekal, dan staff yang betul. Setiap proses dalam bisnes wajib didokumenkan dan dipersetujui kedua-dua belah pihak supaya dapat mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini di masa hadapan.

 

  1. Sifat tamak memakan diri

Drama Squid Game ini memaparkan sifat ketamakan manusia yang mahu merebut wang jutaan ringgit sehingga tidak memperdulikan nyawa orang lain dan lebih teruk lagi mereka sanggup berbunuh antara satu sama lain. Jika kita dapat kaitkan isu ini dalam bisnes, jangan kita terlalu mengejar keuntungan sehingga tidak mempedulikan baik dan buruk dan akhirnya kecundang di tengah jalan, sebab itu adanya peribahasa melayu “Orang tamak selalu rugi”. Setiap kejayaan ada proses dan cabaran yang perlu dihadapi dan sebenarnya cabaran ini yang akan menjadikan kita lebih kuat dan bertahan lama.

 

  1. Mindset kekuatan sebenar

Salah satu permainan dalam drama Squid Game yang agak menarik adalah permainan tarik tali yang terdiri daripada 10 orang setiap pasukan. Di awal permulaan Cho Sang Woo telah berpesan supaya pasukan mereka haruslah terdiri daripada lelaki sahaja untuk menjadikan pasukan mereka kuat dan menang, tetapi malangnya mereka terlambat dan terpaksa menerima dua orang wanita dan seorang pak cik tua, Oh Il-Nam (Oh Young-Soo). Bertambah malang lagi bila pencabar mereka pula terdiri dari semua lelaki. Sebelum bermulanya perlawanan, Pakcik tua tersebut telah memberi tips yang sangat berguna untuk mereka menang. Antara tips tersebut yang boleh diaplikasikan dalam bisnes adalah :

 

  • Pilih ketua yang bagus dan mampu memberi arahan yang baik
  • Untuk menguatkan pasukan, setiap ahli perlu sentiasa bersedia di kiri dan kanan tali
  • Meletakkan orang yang betul di tempat yang betul seperti Ali sebagai ahli terkuat diletakkan di bahagian paling belakang untuk menyokong kekuatan pasukan
  • Belajar mendengar arahan dengan baik. Tak percaya takpe, buat jer sampai berjaya sama seperti Han Mi-Nyeo (Kim Joo-Ryung) yang ragu-ragu dengan cadangan Cho Sang Woo dan akhirnya terus akur.
  • Merancang strategi yang bagus, bertahan bila perlu dan bertindak bila sampai tepat pada waktunya.

 

Jadi kesimpulannya untuk berjaya bukan terletak kepada kekuatan fizikal semata-mata tetapi kekuatan sebenar bergantung kepada mindset, apa yang kita percaya itulah yang akan kita dapat!

 

  1. Sentiasa bersyukur

Di akhir episod drama Squid Game Pakcik tua, Oh Il-Nam menjelaskan kenapa dia merancang dan membuat permainan berbahaya ini dan jawabannya adalah disebabkan dia sudah mempunyai segala-galanya tetapi tetap tidak merasakan kebahagiaan dan bosan dengan kehidupan diri yang sama setiap hari. Setiap apa yang terjadi dalam diri kita ini pasti ada hikmah dan senantiasalah bersyukur dengan nikmatNya. 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi pengajaran yang diketengahkan dalam drama Squid Game ini. Jika anda nak tahu lebih lagi tonton drama Squid Game di Netflix dan kongsikan pendapat anda jika anda bersetuju dengan 6 pengajaran dari drama ini.

 

Jika anda sedang mengalami masalah kewangan atau mahu bebas dari bebanan hutang, DAG ada menawarkan bisnes tanpa modal di mana anda : 

 

  • Tidak perlukan modal
  • Tidak perlu uruskan stok
  • Tidak perlu simpan stok
  • Jana pendapatan dari rumah sahaja
  • Ada slip gaji
  • Bahan marketing disediakan
  • Bimbingan terus dan CEO DAG, Tuan Das Abdul dan team DAG

 

Jom jana pendapatan secara PERCUMA dan capai RM1000 Pertama Bersama DAG dan rebut peluang menang Reward September ni, 3 Laptop dan 2 kerusi gaming! Tertakluk kepada terma dan syarat. Lihat reward, win serta kejayaan Usahawan DAG di sini

 

Jom jana pendapatan bersama DAG secara PERCUMA di sini

Ingat DAG, Ingat bantal hotel 7 bintang dan Sleep like a King!

 

P/s : Sumber gambar – gambar dalam artikel ini adalah dari google dan penulisan ini hanyalah sekadar review pendapat penulis sahaja.

By : Kay Helena

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Anak Kerap Selsema kerana bantal

Ibu mana yang tidak risau bila anak kerap sangat selsema, tak kan lah kanak-kanak pun boleh dapat resdung? Tambah lagi di zaman Covid-19 ni, kalau

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

0

Join Us in Telegram " ZERO MODAL DAG "