Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Saya tak nak orang yang saya kenal jual barang syubhah” – Syubhah Dan Haram, Usah Ikut Trend Jual Beli Barangan Tiruan

Nak cari apa? Kasut Nike harga RM50? atau seluar Adidas RM10? Semua ada…

Lihat sahaja di pasar malam atau di laman jualan online, pelbagai produk tiruan dijual dan dipromosi secara terbuka kebelakangan ini.

Bukan sahaja memberi kesan buruk kepada jenama asal tetapi kerugian yang terpaksa dialami syarikat selain pertikaian kualiti dan eksklusiviti yang ada pada jenama asal.

Bukan senang bagi sesebuah syarikat mencipta dan menaikkan jenama mereka.

Tetapi tahukah anda apa yang diklafikasikan dengan barangan tiruan?

Barang tiruan hampir menyerupai sepenuhnya dengan produk asli, pendek kata peniaga menggunakan perkataan ‘copy ori’ untuk memberi gambaran bahawa produk itu adalah barangan tiruan.

Ini sekaligus boleh membuatkan pembeli keliru dan sukar membezakan yang mana tiruan dan yang mana asli.

Di Malaysia, barangan palsu dan cetak rompak adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa kebenaran.

Masihkah anda ingat tudung jenama Fareeda dan Naelofar yang menjadi kegilaan beberapa tahun lalu?

Sebelum ini beberapa premis perniagaan disita bahagian Penguatkuasaan,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana menjual tudung tiruan menggunakan jenama itu  yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Perbuatan ini dikategorikan sebagai satu tindakan mencabul salah satu hak ekslusif pemilik hak cipta asli.

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia pula menetapkan hukum haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Individu atau syarikat yang menjual atau memprodukkan barangan tiruan disifatkan menipu pengguna dengan jenama yang diberikan.

Menurut pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Manaf Ismail, setiap peniaga mempunyai hak mempertahankan perniagaan mereka dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditiru oleh orang lain.

Perkara itu katanya telah ditetapkan Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia yang merujuk kepada usaha mereka (syarikat) yang telah mengeluarkan pelaburan yang banyak untuk mempromosikan perniagaan dan jika ada pihak yang meniru dan menggunakan nama jenama orang itu maknanya itu satu kezaliman.

“Contoh kasut Alif Ba Ta yang kita tahu kualitinya tahan sehingga 10 tahun tetapi jika ada orang yang tidak bertanggungjawab menjual menggunakan nama jenama Alif Ba Ta dengan kualitinya tidak seperti jenama asal maka orang akan mempertikaikan jenama Alif Ba Ta sedangkan itu adalah tiruan.

“Tidakkah ia memberi kemudaratan kepada syarikat jenama Alif Ba Ta yang sebenar? Dalam Islam, tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan. Orang ramai juga tertipu.

“Oleh sebab itu sekiranya kita membeli atau menjual barang tiruan, sekurang-kurangnya syubhah atau haram,” katanya.

Sementara itu pengusaha bantal hotel yang juga CEO Das Abdul Global, Tuan Das Abdul berkata setiap individu bebas membuat pilihan tetapi sebaiknya elak daripada menipu pengguna dengan menggunakan nama daripada jenama yang asal.

Katanya penjual perlu membuat pengesahan jenama yang terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada ia mendapat kelulusan daripada pemilik asal sebelum menjualnya kepada pengguna supaya tidak timbul isu yang menyebabkan penipuan.

Ia katanya bagi mengelakkan pelanggan terpedaya dengan jenama yang dijual sedangkan ia bukanlah seperti yang didakwa.

“Saya tak mampu nak nasihat semua orang atau halang sesiapa yang nak cari rezeki. Apa yang saya mampu buat adalah nasihat orang sekeliling saya. Dan saya tak nak orang yang saya kenal jual barang syubhah tanpa dia sendiri sedar bahawa benda tu salah dari agama dan undang-undang dunia.

“Tetapi jika ia mendapat kelulusan daripada pemilik asal jenama, ia tidak menjadi masalah. Tak salah untuk sesebuah syarikat meletak syarat demi menjaga kualiti dan imej,” ujarnya.

Bukan hanya tertumpu kepada satu barangan sahaja tetapi isu ini merangkumi pelbagai barangan runcit dalam pasaran, tidak kira barangan tersebut untuk pengguna akhir atau pengguna perniagaan, barangan fungsian atau fesyen, berharga murah atau mahal, barangan berjenama ataupun tidak, dan sebagainya.

Bahagian penguatkuasaan KPDNKK dalam rampasannya mengenalpasti beberapa kategori produk tiruan seperti pakaian, barangan elektrik, ubatan, kasut, beg, cakera optik, perkakasan komputer, alat tulis, barangan kulit, jam tangan, rokok, bateri, sos, minyak enjin, ubat gigi, pencuci pakaian, makanan dalam tin, dan banyak lagi.

Malah pada 2010, Malaysia pernah menjadi antara 28 buah negara lain dalam kategori senarai perhatian tahap rendah (lower level watch list), memetik laporan KPDNKK yang dikenalpasti sebagai negara yang tidak menghormati harta intelek apabila dilihat dari sudut perdagangan antarabangsa.

 

Baca: Nikmati Dilwale Sale Sehingga 30 November Ini!

 

 

“Saya tak nak orang yang saya kenal jual barang syubhah” – Syubhah Dan Haram, Usah Ikut Trend Jual Beli Barangan Tiruan

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir