Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Sakit Belakang? Pedih Ulu Hati? Resdung? Ini Posisi Tidur Yang Betul Mengikut Penyakit Anda

Mempunyai masalah kesihatan akan mengganggu keselesaan anda. Itu fakta yang perlu anda tahu.

Kesukaran tidur yang berpunca daripada masalah kesihatan bukan hanya membuatkan anda tidak selesa tetapi boleh menyebabkan kesakitan anda semakin parah.

Bagaimanapun tahukan anda, posisi tidur yang betul boleh membantu anda tidur dengan lebih selesa dan mampu mengurangkan kesakitan yang dihadapi.

Nak tahu apa rahsianya? Jom penulis ‘payung’ posisi tidur yang disarankan untuk anda yang mempunyai masalah tidur yang tertentu.

 

1. Sakit belakang

Bagi mereka yang mempunyai masalah ini terutamanya bagi golongan berumur atau ibu hamil, anda disarankan untuk mengamalkan posisi tidur secara terlentang.

Letakkan bantal kecil seperti Mini Kapok pada bahagian bahawah lutut dan tuala pada bahaguan belakang yang melengkung sebagai sokongan bangi mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.

 

2. Sinus atau resdung

Posisi tidur bagi anda yang mempunyai masalah alergik, alahan, resdung atau selesema adalah dalam keadaan kepala dan bahu yang lebih tinggi.

Bantal yang padat dan tinggi boleh membantu anda mendapatkan pernafasan yang betul bagi mengurangkan tekanan dalam saluran telinga, hidung dan kepala. H-Class Pro adalah pilihan yang paling sesuai.

 

3. Sakit kepala

Sakit kepala biasanya melibatkan saraf. Disebabkan itu anda disarankan untuk berbaring dengan meletakkan tuala di sebelah kiri dan kanan kepala. Ia bagi mengelakkan kepala anda melentuk sekali gus menjerut otot dan saraf semasa tidur – yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kesakitan anda.

 

4. Period pain (PMS) atau ‘cramp’ perut

Kejang perut atau period pain bukan sesuatu yang luar biasa bagi wanita. Bagaimanapun tahukah anda dengan berbaring, anda mampu mengurangkan kesakitan itu?

Posisi tidur berbaring dengan meletakkan bantal kecil dibawah lutut (Mini Kapok) boleh memberi keselesaan dengan mengurangkan tekanan pada bahagian perut dan belakang.

Selain itu kaedah bertungku panas dibahagian perut dan rahim juga boleh mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan tidur anda.

 

5. Tekanan darah tinggi

Tidur dalam keadaan menelangkup berbanding berbaring dipercayai mampu mengurangkan risiko darah tinggi, mengikut satu kajian di Jepun.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa tidur menelangkup akan menyebabkan sakit belakang, leher, otot dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Oleh itu, tidur dalam keadaan mengiring ke kanan, seperti yang diamalkan Rasulullah saw dikatakan mengurangkan tekanan pada jantung yang berada di sebelah kiri sekali gus mengurangkan tekanan darah.

 

6. Pedih ulu hati

Posisi yang paling sesuai bagi mengurangkan tekanan pada bahagian perut dan esophagus adalah dalam keadaan mengiring sebelah kini.

Ia dikatakan mampu memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda atau dalam erti kata lain, pedih ulu hati.

 

7. Sakit leher

Tidur dalam keadaan berbaring akan membuatkan bahagian leher lebih selesa. Letakkan tuala kecil dibawah leher sebelum meletakkan kepala diatas bantal.

Ia mampu memberi kelegaan kepada leher anda dalam keadaan berbaring.

 

8. Lenguh bahu

Jika satu bahagian bahu sakit atau lenguh, anda disarankan tidur mengiring disebelah bahau yang tidak sakit sambil membengkokkan kaki dan tangan.

Selain itu letakkan bantal ditengah kaki dan ditangan bagi mengurangkan tekanan pada bahagian yang sakit.

Jika anda ingin dapatkan nasihat dan saranan mengenai bantal, hubungi usahawan kami berdekatan anda sekarang dan jangan lupa dapatkan promosi kempen bulan ini bagi penjimatan yang super duper hebat!

Sumber: Daily Health Post

 

Baca: Lekaih! Promo Nak Habis Dah!

 

 

Sakit Belakang? Pedih Ulu Hati? Resdung? Ini Posisi Tidur Yang Betul Mengikut Penyakit Anda

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir