Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Anda Ada Bantal Busuk? Jom Ketahui Kesan ‘Bantal Kesayangan’ Terhadap Kesihatan Anda

Boleh dianggap peneman tidur, bantal busuk memang tidak boleh dipisahkan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Tambahan pula bagi segelintir individu yang sudah terbiasa sejak kecil lagi. Lebih tepat lagi ‘tabiat’.

Memang sukar dipisahkan! Pasti akan dibawa ke mana sahaja.

Jika diamati, bantal busuk ini bukan sekadar bantal, namun nilai sentimental seperti bau dan rupa bantal itu membuatkan si pemilik selesa sebagai peneman tidur.

Bagaimanapun pernahkan anda terfikir bahawa bantal yang berusia berkemungkinan mempunyai kuman yang boleh memberi impak kepada kesihatan anda?

Ya, benar. Memetik laporan hellodoktor.com, bantal busuk mempunyai debu, habuk, hama, kutu, kulat, kuman, bakteria, virus dan detritus.

Mikroorganisma berkenaan sekali gus berkemungkinan menyebabkan punca tercetusnya masalah kesihatan kepada anda. Antaranya adalah:

1. Mencetuskan alahan

Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta kerap.

Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.

2. Menyebabkan gangguan tidur

Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya pernafasan terhenti ketika sedang tidur.

3. Menyebabkan penyakit akut

Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

4. Mengakibatkan jangkitan

Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan Staph yang mungkin agak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Selain itu, bakteria bernama fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang akan menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.

5. Menimbulkan isu kulit

Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ.

Akibatnya, ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dari manakah datangnya debu dan habuk ini bukan? Jawapannya adalah pada badan anda sendiri melalui aktiviti seharian.

Sekiranya anda kerap keluar rumah, partikel debu dan habuk memang mudah melekat pada badan lebih-lebih lagi dengan pemakaian losyen atau kosmetik.

Peluh manusia mungkin boleh mengakibatkan penyakit dan jangkitan seperti Staph dan Strep – merebak melalui liang pori kulit badan kita.

Jika tidur bersama pasangan atau individu lain, risiko terjangkiti adalah lebih tinggi. Jadi, sila elakkan berbaring di atas katil ketika berpeluh.

Tidak salah untuk memiliki namun perlu berhati-hati!

 

Kredit sumber: https://hellodoktor.com/

Baca: ‘Cedera’ Gara-Gara Anak, Lelaki Gigih ‘Selamatkan’ Bantal Busuk

Anda Ada Bantal Busuk? Jom Ketahui Kesan ‘Bantal Kesayangan’ Terhadap Kesihatan Anda

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir