Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ambil Semangat Kemenangan Raja Krishna, Kita Pasti Menang Lawan Covid-19!

Pastinya ramai yang menantikan festival cahaya khususnya bagi penganut Hindu di negara kita.

Tidak terkecuali bagi bangsa lain di Malaysia yang sama-sama turut meraikan hari gemilang masyarakat India itu.

Penulis juga pernah menyambut hari deepavali bersama rakan sekerja yang berbangsa India beberapa tahun lalu. Pengalaman baharu yang sangat meriah! Makanan, adat dan sambutan dengan dekorasi yang dipenuhi lilin (cahaya).

Mungkin kita tidak memahaminya secara total, tetapi kegembiraan disebalik wajah yang meraikan Deepavali memberikan rasa kepuasan dan teruja bagi yang melihatnya.

Bagaimanapun situasi terkini mungkin menyebabkan sambutan kali ini sedikit terbantut dan bakal disambut dengan kebiasaan baharu.

Kredit foto: Astro Awani

Disebalik simbolik perayaan itu iaitu kemenangan yang dicapai oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, Deepavali atau Diwali menandakan kepulangan Maharaja Rama selepas menyelamatkan isterinya yang diculik, Maharani Sita dan berjaya membunuh raja raksasa Ravana.

Namun ada yang menyatakan, ia melambangkan kemenangan Raja Krishna dan isterinya Satyabhama menentang Narakasura yang jahat.

Kemenangan itu sekaligus boleh dilihat dalam konteks ‘peperangan’ masa kini yang merangkumi antara lain kemenangan atas kegelapan, kejahatan, kejahilan, korupsi dan penyakit.

Contoh terdekat adalah kemenangan petugas penjagaan kesihatan di negara ini dalam peperangan menentang virus yang boleh membawa kematian, Covid-19.

Kredit foto: MKN

SOP yang ditetapkan pihak berkuasa juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kluster terbaharu melibatkan perayaan ini.

Lima sesi upacara sembahyang selama 30 minit dengan 30 orang setiap sesi, dibenarkan di kuil bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari – untuk lima jam atau 300 minit – pada hari Deepavali. Setiap sesi akan diselangi dengan operasi sanitasi selama 30 minit sebelum memulakan sesi baharu.

Manisan perlu diagihkan secara berbungkus kepada para penganut dan terus bersurai selepas selesai upacara sembahyang.

Bagi sambutan perayaan di rumah untuk zon PKPB dan PKPP, tidak lebih 20 ahli keluarga terdekat dibenarkan di rumah kediaman ‘landed’, tidak melebihi 10 orang di kediaman strata dengan keluasan kurang daripada 1,500 kps dan bagi rumah kediaman strata melebihi 2,500 kps, tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa, menurut MKN.

Seperti kata Dr Noor Hisham, kita jaga kita, keluarga, masyarakat dan negara. Kita pasti boleh menang menentang virus korona ini.

Akhir kata, kami di DAG mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali bagi semua yang meraikan terutama bagi usahawan dan pelanggan DAG! Semoga perayaan kali ini dapat memberi kegembiraan dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan anda!

 

Baca: Nak Bisnes Anda Berkembang? Sertai Zoom Weekly Focus Sekarang!

Ambil Semangat Kemenangan Raja Krishna, Kita Pasti Menang Lawan Covid-19!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir