Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Saya hanya follower mengaji Kak Yah” – Eksekutif Kanan Jatuh Cinta Dengan DAG Selepas Lihat Kejayaan Kak Yah!

Setiap hari disajikan dengan promosi menarik yang dijalankan Kak Yah Global, membuatkan hatinya terdetik ingin mencuba menjalankan perniagaan seperti Kak Yah.

Haslida Ismail, 47, yang menetap di Changlun berkata Master Leader Raja Izni Munirah Raja Omar (Kak Yah) merupakan sifu yang dilihat mampu memberi pengaruh bukan sahaja dalam urusan perniagaan malah sebagai guru al-Quran yang membawanya kepada DAG.

Menceritakan detik awal pembabitannya, Haslida yang merupakan seorang eksekutif kanan di universiti tempatan berkata perkenalan pertamanya bersama DAG adalah melalui Kak Yah.

Ujarnya dia merupakan salah seorang daripada ribuan follower (pengikut) Kak Yah di laman sosial yang mengikuti atas dasar belajar al-Quran pada awalnya.

Bagaimanapun melihat kejayaan yang diperoleh Kak Yah sepanjang bersama DAG, dia secara tidak langsung tertarik dan berminat untuk mencuba bantal DAG.

Sejak berkurung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Haslida tidak menunggu lama untuk mendaftar sebagai reseller DAG bernaung dibawah Kak Yah.

“Mula saya sertai kelas mengaji Kak Yah setiap pagi, selepas mengaji Kak Yah akan mempromosi produk DAG setiap hari. Tetapi yang paling nampak adalah kejayaan Kak Yah bersama DAG… selepas itu, saya memutuskan untuk sertai DAG.

“Kejayaan Kak Yah betul-betul berkesan, bermakna dia bukan cakap-cakap kosong… saya yakin dan meletakkan Kak Yah sebagai sifu dalam perniagaan tetapi bila bab mengaji, Kak Yah tu tok guru lah.

“Alhamdulillah selepas tiga bulan, saya sudah bergelar Premium Reseller,” katanya yang masih setia belajar mengaji setiap pagi bersama Kak Yah.

Haslida ketika pertama kali menjejakkan kaki di Ibu Pejabat DAG sambil ditemubual penulis.

Pertemuan di alam maya itu sekali gus memberi gambaran baharu terhadap produk DAG. Keyakinan Haslida terhadap kebolehan Kak Yah membuatkan dia terus mengambil risiko untuk memulakan perniagaan bersama DAG.

Dengan bermodalkan 30 biji bantal, dia berkata impiannya untuk mengikuti jejak Kak Yah kini semakin dekat selepas menerima banyak permintaan daripada rakan sejawat dan circle terdekat di kawasan Changlun.

“Saya bermula dengan 30 biji bantal H-Classic dan H-Class Pro. Saya terus beli apabila melihat cara Kak Yah mempromosi.. walaupun tak pernah pegang tapi tengok Kak Yah pegang tu dah tahu lembut.

“Saya mulakan dengan keluarga dahulu, tapi memang betul-betul yakin itu sebab terus jual,” kata ibu kepada enam cahaya mata itu.

Mengikut cara pemasaran yang dikendalikan mentornya, Haslida berkata setiap yang dipelajari daripada Kak Yah akan dipraktiskan mengikut kesesuaian pelanggan.

Sebagai contoh Haslinda berkata dia terlebih dahulu menjual bantal H-Classic sebelum memperkenalkan bantal H-Class Pro dan bantal King.

Bagaimanapun katanya melihat kepada ‘circle’ rakan sejawatannya, dia mula beralih kepada bantal King yang kini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Kali pertama saya cuma jual Classic dan Pro, ketika itu bantal H-Classic merupakan best seller sebab kawasan saya bukan dari golongan orang yang mampu, lebih murah sikit berbanding H- Class Pro.

“Tetapi sekarang, semakin ramai kawan-kawan pejabat dah tahu saya jual bantal dan kebanyakkan mereka adalah pensyarah jadi saya mula proceed jual bantal King untuk cicle dalam universiti.

“Bantal King lagi ramai peminat terutamanya ketika bulan Ogos ada promo merdeka (Kempen Ogos), ramai yang membeli. Saya ikut style markerting Kak Yah dan Alhamdulillah menjadi,” ujarnya.

Bertitik tolak sebagai ‘anak murid’ kelas mengaji Kak Yah, Haslida melihat kejayaan Kak Yah sebagai sumber inspirasi untuk terus mencapai jualan seperti sifunya.

Cabaran dalam perniagaan

Bergelar usahawan disamping bertanggungjawab dengan kerja hakiki bukanlah sesuatu yang mudah. Ujar wanita yang berpersonaliti lembah lembut ini cabaran masa dan pemasaran merupakan ‘roadblock’ utamanya untuk berniaga secara agresif.

Katanya orang ramai khususnya di sekitar Changlun tidak mempunyai pengetahuan meluas mengenai bantal malah mereka juga tidak terdedah dengan adanya bantal DAG.

Disebabkan itu katanya, dia terpaksa bekerja keras dalam menyampaikan ilmu berkaitan bantal untuk setiap prospek yang datang.

“Dekat kawasan saya, di Changlun, mereka tak berapa kenal sangat pasal produk DAG, jadi saya perlu kerja keras untuk kenalkan produk DAG kepada mereka.

“Billboard juga tak ada, jadi untuk orang ramai kenal DAG tu agak susah.. saya yang kena mainkan peranan untuk buat marketing dan bantu prospek kenal mereka DAG.

“Sebab prospek ramai selain UUM, ada UniMap, Politeknik Arau, UiTM, IKBN.. sebab kami dekat-dekat je, reseller pula tak ramai,” katanya.

Mempunyai jawatan kanan di sebuah universiti tempatan tidak dijadikan asbab untuknya terus menjalankan perniagaan bersama DAG.

Bagaimanapun katanya dia bertuah mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga terutama suaminya.

Ujarnya semangat yang ditunjukkan memberi kekuatan untuk Haslida meneruskan perniagaan walaupun berdepan beberapa cabaran.

“Permintaan banyak dan stock tak boleh putus, kena sentiasa ada.. online ada dan offline di kalangan kawan-kawan sahaja. kekangan masa sebab kerja dan balik petang selalunya weekend.

“Suami saya yang banyak memberi dorongan, nampak dia lebih berminat dan bersemangat. Bila kedua-dua buat aktiviti bersama, kita lagi seroanok nak berniaga,” katanya yang kali pertama menjejakkan kaki di Ibu Pejabat DAG dari Changlun, Sabtu lalu.

 

Baca: Bakal Raih Ganjaran Peribadi Ke-36? Kak Yah Mahu Reward Gelang Emas Untuk Diri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke -36

“Saya hanya follower mengaji Kak Yah” – Eksekutif Kanan Jatuh Cinta Dengan DAG Selepas Lihat Kejayaan Kak Yah!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir