Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

SAKIT LEHER BOLEH MEROSAKKAN MOOD PAGI ANDA?

Menjadi rutin setiap pagi untuk membuat regangan sebelum mandi pagi, tetapi pagi ini sakit leher menyerang, argh! sangat menyakitkan dan tidak selesa!

Situasi di atas mungkin berlaku kepada anda yang memandang ringan bantal untuk tidur malam. Bagaimana sakit leher terjadi?

Jika bantal yang anda gunakan terlalu tinggi, keras dan memberi tekanan kepada leher, potensi tidak selesa dan sakit leher sangat tinggi. Bagaimana pula dengan bantal rendah? Ya sama juga jika bantal itu pada tahap rendah dan leper.

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku sakit leher?

Berikut adalah beberapa cara yang dipetik di Healthline.com untuk melegakan rasa sakit pada leher.

1. Pek sejuk atau panas

Umumnya, rasa sakit pada bahagian tubuh khususnya leher boleh diredakan dengan pek sejuk atau panas.

Pek sejuk, yang disejukbekukan selama 24-48 jam, mengurangkan keradangan di kawasan leher yang menyakitkan. Manakala pek panas pula memudahkan peredaran darah. Anda boleh mencuba kedua-duanya secara bergilir.

2. Lakukan regangan

Amalan meregang juga membantu mengurangkan kesakitan dan rasa kaku pada leher. Namun, pastikan ia dilakukan tanpa tergesa-gesa dan atau secara tiba-tiba. Regangan boleh dilakukan dengan menolak bahu ke hadapan dan belakang. Tekan kedua-dua lengkungan bahu seirin dan bergilir dari kiri dan kanan.

Bagaimanapun, seeloknya letakkan pek panas atau mandi dengan air suam sebelum melakukan regangan.

3. Urut

Urut boleh menjadi pilihan. Namun, urutan hanya boleh dilakukan oleh profesional. Urutan membantu melegakan otot di sekitar leher.

4. Akupunktur

Akupunktur memerlukan jarum-jarum dimasukkan dalam titik-titik tertentu pada tubuh. Walaupun belum ada kajian ilmiah mengenai akupunktur, terapi dilakukan sejak beratus-ratus tahun yang lalu sebagai rawatan tradisional di tanah besar Asia Timur. Kalau berani, bolehlah cuba!

5. Kurangkan tekanan

Tidak dapat dinafikan tekanan memberi kesan kepada kesakitan fizikal pada tubuh, termasuk leher kaku. Tekanan membuat otot leher mengeras. Oleh itu lebih baik mengurangkan tekanan dengan mendengar muzik irama perlahan, meditasi, bercuti, dan mengamalkan hobi yang mendamaikan.

6. Tidur dalam persekitaran yang selesa

Posisi tidur yang salah menjadi satu sebab utama sakit leher. Oleh itu, pastikan katil, bantal, dan kedudukan tidur betul supaya tidak lagi sakit.
Pastikan juga tilam cukup padat untuk menyokong badan, gunakan bantal yang gebu dan selesa pada leher.

 

SAKIT LEHER BOLEH MEROSAKKAN MOOD PAGI ANDA?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir