Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“RM10 ribu sebulan itu biasa” – Langkah Semakin Digeruni Lawan, Otai 72 Tahun Titip Pesanan Buat ‘Anak-anak’

Tidak nampak penat malah semangatnya lain macam!

Usianya sudah mencecah 72 tahun, namun keringat yang dimiliki tidak seakan usianya. Ibarat kata ‘otai masih berbisa’ itulah dia…

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam ibu pejabat DAG, senyuman terus terukir diwajahnya, tanpa mengira sesiapa dia terus menyapa dan menggelarkan dirinya Pak Din. Itulah memori pertama pertemuan penulis dan Pak Din.

Bukan ‘biasa-biasa’ malah susuk tubuh itu merupakan pengunjung tetap DAG untuk mengambil stok bantal. Hebat bukan?

Rancak dalam perniagaan bantal sejak beberapa bulan lalu, Pak Din dilihat semakin serasi dengan rutin terbaharunya ini.

Buktinya, Pak Din atau nama sebenarnya Shaharuddin Mohd Zain berjaya mencapai jualan peribadi sebanyak lebih RM10 ribu sebulan. Yasss!

 

Pak Din ketika muncul dalam program live DAG bersama hos Ika dan Shahril.

 

“Lebih kurang RM10 ribu itu biasa, kira senang macam tu lah dan paling tinggi adalah pada Sabtu dan Ahad, boleh mencapai sehingga RM4000 sehari.

“Ada satu ketika tu, Pak Din boleh jual 80 biji sehari,” katanya sambil tersenyum.

Kenangan manis Pak Din ketika berada dalam barisan 7 Top Superstar pada Jun lalu.

Bukan cakap kosong, Pak Din sebelum ini telah membuktikan kemampuan dirinya apabila berjaya menjadi Top 5 pada Jun lalu ketika dalam tempoh PKP.

Meskipun belum setahun bergelar usahawan namun Pak Din kini semakin konsisten mengekalkan langkahnya setanding ‘otai’ DAG yang lain.

Selain itu, dia juga aktif menjalankan perniagaan secara CBS di Nilai 3 setiap hari selain fokus kepada online.

Malah tanpa berselindung, Pak Din juga mengakui banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih muda daripadanya.

Ini kerana katanya apa sahaja yang dapat memberi kebaikan kepadanya akan diambil sebagai panduan dan tunjuk ajar dalam memajukan perniagaannya.

Mesti anda tertanya-tanya, Pak Din yang berumur 72 tahun menggunakan platform online untuk mempromosi produk DAG?

“Alhamdulillah kuat, anak Pak Din yang ajar guna online. Tak sangka pula, dalam tujuh hingga lapan bulan ketika PKP, Pak Din guna platform online dan banyak bantal dijual melalui platform itu, masa hujung PKP tu Pak Din terpaksa menyorok-nyorok hantar bantal.

“Pernah satu ketika Pak Din kecewa kerana tidak berjaya mendapat ganjaran korban pada Hari Raya Haji baru-baru ini. Tetapi Shikin (pengurus jualan DAG) datang dan tenangkan Pak Din, kata Shikin kita berniaga bukan sebab nak kejar hadiah yang penting kita konsisten, nasihat syikin itu Pak Din amik jadikan panduan”, ujarnya.

 

Menceritakan kenangannya bersama DAG, Pak Din berkata langkahnya semakin digeruni meskipun sudah berusia 72 tahun.

 

Masih kuat dan bertenaga

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Pak Din berkata kekuatan mental adalah kunci utama untuk sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang menjalankan CBS.

Ujarnya, dia turut mengamalkan rutin hariannya tersendiri untuk melatih mental yang kuat selain usaha yang berpanjangan.

“Yang sebenarnya usaha kita, kemahuan mesti ada dan mental mesti kuat walaupun fizikal tak berapa sangat tapi bila mental kita cakap kita nak, jadi kita mesti buat dan kuat.

“Tapi bila mental kita cakap kita mesti sihat, jadi tubuh kita jadi sihat.

“Dari segi pemakanan juga kena jaga, baru-baru ini doktor nasihatkan Pak Din supaya jaga makan, jangan makan makanan berminyak dan kurangkan garam,” katanya yang tidak lokek berkongsi rahsia kekal sihat bersama team DAG.

 

 

Dikenali dengan sikap ramah, anak jati Nilai itu berkata, peramah adalah elemen penting dalam perniagaan malah membantu dia mencapai target jualan pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Jelasnya perwatakan itu bukan sahaja berguna untuk dirinya malah perlu dipraktiskan oleh usahawan baharu.

Sebagai ‘orang lama’ dalam perniagaan bantal, Pak Din juga tidak lokek berkongsi ilmu dan tips untuk usahawan baharu.

CBS milik Pak Din ketika awal pembabitannya dalam perniagaan bantal.

“Pak Din nak bagi tips untuk pengedar baharu, yang lama-lama Pak Din angkat tanganlah kita pun tak boleh lawan.

“Pertama sekali adalah peramah, biar rupa tak hensem janji mulut manis, naikkan sales dengan nama (brand) contohnya Pak Din, apabila orang Seremban nak beli bantal, terus orang cakap beli pada Pak Din sebab orang dah kenal Pak Din. Jadi nama tu penting begitu juga di Nilai 3.

“Satu lagi tulis buku, tulis nama customer dan nombor telefon (databased) – jadi bila kita dah dapat nombor telefon, kita akan hantar cara macam mana nak jaga bantal dan sebagainya.

“Bila dia dah beli, kita follow up, mungkin waktu dia beli kita tak sempat nak cerita tapi bila malam nanti kita hantar mesej muka boss kita dengan cara-cara penjagaan bantal, saiz bantal, setiap customer mesti dapat mesej pak din,” katanya.

Selain itu dia juga berpesan supaya tidak terlalu ghairah mengejar jualan, bahkan perlu ada ilmu dan kesabaran untuk memberi servis dan kualiti terbaik untuk pelanggan.

Terkenal dengan sikap suka menderma, Pak Din juga berkata dia mengutamakan keberkatan dalam perniagaan. Jelasnya sikap jujur harus ada dalam diri seorang peniaga kerana itu akan menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

 

“Dalam berniaga, kena jujur rajin kita buat, banyaklah rezeki, halal dan berkat. Semangat mesti tinggi, jiwa tak boleh cepat mengalaah dan jangan bawa masalah ke tempat kerja.

“Rezeki yang banyak, kena bersedekah. Pak Din dan isteri selalu amalkan bersedekah walaupun hanya RM1 atau RM2 asalkan ikhlas, bagi orang makan,” katanya mengakhiri perbualan.

Bagi anda yang terinspirasi dengan kisah Pak Din jom daftar sebagai usahawan DAG bulan ini sempena kempen kemerdekaan dan anda berpeluang mendapat seutas bangle biskut tawar berharga lebih RM3000.

 

Baca: Bekas Jurutera Tak Malu Jual Bantal, Pendapatan Setanding Kerjaya Profesional

“RM10 ribu sebulan itu biasa” – Langkah Semakin Digeruni Lawan, Otai 72 Tahun Titip Pesanan Buat ‘Anak-anak’

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir