Rakaman Video Iklan Bantal DAG DI ST REGIS HOTEL, KUALA LUMPUR bersama 10 Reseller terpilih


“Kalau saya tak join bisnes jual bantal hotel DAG, saya tak tahu bila saya akan sampai hotel mewah macam ni”.”Dah masuk dekat lobby hotel tadi rasa teruja sangat tapi dalam hati rasa macam nak keluar balik. Rasa macam jakun kejap sebab hotel ni mewah sangat”.

   


Ini antara luahan dan kata-kata Reseller yang bertuah menerima “personal video shooting” dari Das Abdul Global Sdn Bhd di hotel St Regis, KL.Khusus untuk pengambaran video kali ini, Tuan Das berbesar hati untuk menyewa sebuah bilik khas yang berharga RM 2,800.10/semalam khusus untuk Reseller yang bertuah merasai pengalaman berada di bilik hotel 
6 bintang yang sangat eksklusif ini.

Ketika berada di sana, Reseller bebas untuk merasai nikmat berada di bilik hotel mewah. Nak baring ke, nak duduk ke, nak buang air ke, nak mandi dalam buth tub yang ada view yang cantik pun boleh. Tapi dah pakai lawa-lawa handsome nak shooting tak kan nak g berendam dalam bath tub kan. hihi.

Memang nampak lah muka Reseller yang bertuah tu semua teruja tengok dekorasi bilik tu. Ruang bilik yang disewa dibahagikan kepada 4 bahagian.Entrance, ruang mini office bersama ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi yang ada massage room. Kiranya kalau nak private massage boleh je call pihak management minta hantarkan tukang urut. Ceeewah. Memang tip top lah.Serius, bilik ni memang spacious, conducive dan exclusive sangat. Rumah admin sewa pun tak sampai RM 1500 sebulan, ni kan nak sewa hotel RM 2800 semalam ?

Tapi asbab join bisnes jual #bantalhotelDAG ni Alhamdulillah dapat rasai pengalaman berada di hotel mewah ni.Admin sampai agak lewat ke bilik hotel tapi sempat la juga tengok sesi rakaman beberapa orang Reseller. Ada yang siap landing atas katil, yang ni memang santai habis, memang buat macam katil sendiri dah. Yang siap masuk dalam selimut masa duk shooting pun ada, buat recording dalam toilet pun ada, yang shoot ala-ala pengacara Nona pun ada. Memang curlasss u olls dan memang guna peluang ni sebaiknya.

Beberapa orang Reseller yang bertuah pada hari tersebut sempat buat live review suasana dekat bilik hotel dan sesi interview. So nanti u olls jangan lupa skodeng fb mereka ya, tengok live video tu.

Kenapa 10 orang sahaja yang bertuah?

Macam ni, jumlah keseluruhan Reseller DAG semuanya lebih kurang 800 orang. Jadi 10 orang yang terpilih ini adalah antara Reseller yang telah banyak memberikan komitmen dan usaha bersama DAG secara langsung menaikkan bisnes mereka.

Banyak reward yang DAG dah berikan kepada Reseller sebenarnya, antaranya beri peluang kepada mereka untuk bersiaran di kaca televisyen, buat video shooting khas di rumah mereka, masuk majalah dan berikan hadiah setiap bulan atas pencapaian mereka.Maksudnya apa yang anda lakukan memang HQ nampak, nilai dan hargai. So nanti jangan ada Reseller cakap kenapa aku tak dapat shooting kat St Regis, dia boleh. Semua mendapat reward masing-masing atas usaha anda. Best kan jadi Reseller DAG?

So kepada Reseller yang masih baru atau masih lagi berfikir nak join bisnes jual bantal hotel DAG ni, terus buat keputusan dan tindakan. Memang tak rugi anda join bisnes DAG sebab banyak yang HQ berikan kepada Reseller. Anda bukan hanya akan dapat untung retail sahaja, tapi lebih dari itu.Percaya ke percaya? Join bisnes DAG dulu. Buat pengetahuan semua pembaca, 10 orang Reseller yang bertuah mendapat rakaman video eksklusif ini bukan semuanya orang lama dalam DAG, ada antara mereka yang baru 3-6 bulan jual bantal, tetapi disebabkan usaha mereka, pencapaian mereka, mereka mendapat reward ni.

.
Nak tahu lagi cerita #DAGdiStRegis? LIKE, KOMEN dan SHARE. Nanti admin buat part 2 pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *