Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

POWER NAP MENJADIKAN PEKERJA LEBIH PRODUKTIF

Ramai di antara pekerja tidak tahu bahawa ‘Power Nap’ ataupun tidur sekejap ketika waktu rehat kerja memberikan banyak faedah menerusi pelbagai aspek. Apakah itu Power NapPower Nap merupakan tidur sekejap yang mengambil masa kira-kira 10 minit dan paling lama pun 30 minit (Disyorkan untuk dilakukan antara pukul 1 tengah hari sehingga 4 petang).

Kenapa Power Nap ini perlu dilakukan kurang dari 30 minit? Berdasarkan kajian daripada saintis, jika kita mengambil masa lebih daripada masa yang ditetapkan, kita berisiko untuk menghidapi masalah ‘Sleep Inertia’ iaitu masalah dimana kita akan lalui untuk menjadi betul-betul segar atau bak kata orang zaman sekarang, MAMAI. Jika kita Power Nap selepas pukul 4 petang, ia berkemungkinan besar akan mengganggu waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi apa sebenarnya kelebihan power nap ini dan mengapa rakyat di Amerika Syarikat mengambil serius tentang topik ini? Kenapa mereka mementingkan power nap ini di waktu kerja?

Power Nap ini mempunyai banyak kelebihan yang dapat membantu anda menjadi seorang yang lebih produktif di waktu kerja. Selain daripada membuatkan kita lebih segar di waktu petang, ia juga dapat mempertingkatkan lagi memori kita. Kajian daripada University Of California bersependapat bahawa tidur antara 15 hingga 20 minit dapat meningkatkan lagi cara kita bekerja dan mengelakkan kita daripada menjadi lemah dan tidak segar di waktu petang.

Selalunya, pekerja sering berasa letih lagi-lagi pada waktu petang ini kerana manusia hanya tidur sekali sehari.  Tambahan pula, ramai juga yang menyatakan bahawa mereka selalu tidak mempunyai tidur yang cukup apatah lagi buat mereka yang dikehendaki untuk kerja sehingga waktu malam, overtime. Disebabkan ini, manusia dinasihatkan untuk mencuri masa supaya dapat merehatkan badan serta minda mereka. Jika anda seorang CEO atau mempunyai syarikat, anda tidak perlu risau tentang isu power nap ini. Ini kerana ia tidak akan menjejaskan status dan progress syarikat anda, sebaliknya ia dapat mempertingkatkan kualiti pekerja. Antara syarikat terkenal yang mewajibkan sistem power nap ini adalah Google HQ di California, Mercedes Benz di Texas,  Uber di San Francisco, dan Huffington Post di New York. Bukan itu sahaja, syarikat seperti Google dan Facebook juga mempunyai tempat di pejabat mereka yang dikhaskan untuk power nap. Hebat kan?

Tetapi macam mana untuk kita yang pejabat pun kecil, nak cari tempat tidur yang lena pun susah? Saya sarankan untuk anda mempunyai bantal yang khas untuk melakukan power nap. Jangan lah pula bawa bantal besar gedabak yang dah berupa macam nak pindah rumah. Seperti contoh bantal keluaran DAG, Bourdior yang memang ramai guna untuk traveling kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Lagi-lagi, ia dilengkapkan dengan bag kecil yang senang untuk anda bawa. Apa yang bagus tentang bantal ini, ia merupakan bantal berkualiti hotel tetapi dalam saiz yang kecil. Jadi, ia dapat membuatkan power nap anda seperti tidur di hotel 5 bintang.

POWER NAP MENJADIKAN PEKERJA LEBIH PRODUKTIF

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir