fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Tahukah anda bahawa posisi tidur berkait dengan keperibadian seseorang? Bukan hanya itu, posisi yang betul juga memberikan manfaat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang!

Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana boleh meningkatkan kualiti tidur dengan memilih kedudukan tidur yang paling tepat untuk anda.

Kedudukan tidur terbaik

Tidur ialah sebahagian besar daripada kehidupan kita dan kedudukan tidur juga memainkan peranan penting kepada kesihatan.

Ini kerana kedudukan tidur juga berperanan besar dalam menentukan kualiti tidur di samping membantu melegakan sebarang kesakitan yang dialami dengan posisi tertentu.

Selain itu, setiap cara tidur yang berlainan mempunyai faedah yang berbeza.

Sekiranya anda menghadapi masalah kesakitan atau kesihatan, anda mungkin perlu menukar posisi tidur untuk membantu menguruskannya.

Meluangkan masa untuk melatih diri secara beransur-ansur tidur dalam posisi baharu boleh menjadi rahsia dalam meningkatkan kualiti tidur anda.

Berikut ada beberapa kedudukan tidur yang mempunyai manfaat yang berbeza:

  • Kedudukan janin

Tahukah anda bahawa posisi ini adalah popular dalam kalangan orang ramai dan kedudukan janin turut dikatakan mempunyai banyak faedah.

Antaranya, ia bukan hanya bagus untuk sakit belakang atau kehamilan, tidur pada posisi ini juga dapat membantu mengurangkan masalah berdengkur.

Malangnya, tidur dalam kedudukan ini juga mempunyai beberapa kelemahan.

Bagi anda yang ingin melakukan posisi ini, pastikan postur badan anda agak ‘longgar’, kerana kedudukan ini boleh mengehadkan pernafasan semasa anda tidur.

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sakit sendi atau kekejangan, tidur dalam keadaan ini mungkin menyebabkan anda sakit pada keesokan harinya.

  • Tidur meniarap

Adakah anda seorang yang sukar untuk tidur? Cubalah posisi meniarap ini, pasti tidur lena!

Kedudukan ini dikatakan mampu membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk melelapkan mata.

Di samping itu, ia juga dikatakan boleh mengurangkan masalah kegelisahan, sakit leher dan juga sakit belakang.

  • Tidur mengiring ke sisi

Tidur dalam posisi ini dikatakan memberikan manfaat bagi banyak jenis masalah kesihatan. Antaranya:

#1 Masalah berdengkur

Tidur secara mengiring dapat mengurangkan tahap kebisingan bunyi seseorang individu berdengkur.

Selain itu, masalah berdengkur yang kuat boleh menjadi petanda anda mungkin mengalami apnea tidur (nafas yang terhenti buat sementara waktu ketika sedang tidur).

Tambahan itu, ia berisiko menyebabkan strok, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.

Bukan sahaja dapat membantu mengurangkan berdengkur, posisi ini juga bagus untuk pencernaan anda dan bahkan dapat mengurangkan pedih ulu hati.

#2 Masalah GERD

Percaya atau tidak, dengan mengenal pasti posisi terbaik tidur, ia boleh mengurangkan gejala refluks asid anda.

Tidur pada sisi kanan anda mampu menyebabkan lebih banyak asid keluar daripada kerongkong.

Selain itu, tidur di atas perut atau belakang pula menjadikan gejala GERD semakin teruk.

Untuk menurunkan risiko masalah GERD, pesakit biasanya akan tidur paling lena dengan posisi mengiring ke sebelah kiri.

#3 Masalah kegagalan jantung

Mereka yang mengalami kegagalan jantung kongestif harus mengelak daripada tidur secara terlentang dan bahagian kiri mereka.

Ini kerana denyutan jantung mereka boleh mengganggu tidur dalam postur sebegini, justeru tidur mengiring ke belah kanan adalah pilihan yang baik.

#4 Masalah apnea tidur

 

Tidur mengiring ke sisi juga memberikan manfaat kepada penghidap apnea tidur.

Satu kajian besar mendapati bahawa kebanyakan pesakit dengan apnea tidur obstruktif (OSA) akan lebih lena dengan posisi ini.

Walau bagaimanapun, kajian yang sama mendapati bahawa mereka dengan OSA yang teruk sebenarnya merasa mengantuk pada keesokan harinya jika mereka tidur mengiring ke sisi, berbanding dengan posisi terlentang.

Oleh itu, disarankan untuk anda mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan masalah.

#5 Ibu hamil

Bagi para ibu hamil yang mempunyai kesukaran untuk tidur, tidur mengiring ke belah kiri adalah posisi terbaik dan dapat memberikan manfaat kepada kesihatan.

Tidur dalam posisi ini adalah bagus buat kedua-dua ibu dan juga janin dalam perut.

Selain itu, kedudukan tidur mengiring ke kiri dapat memberikan lebih banyak darah dan juga nutrien kepada bayi dalam kandungan.

  • Kedudukan tidur terlentang

Tidur dalam posisi ini dikatakan menawarkan manfaat kesihatan yang paling banyak.

Ia bukan sahaja melindungi tulang belakang anda, tetapi juga dapat melegakan sakit pada pinggul dan lutut.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar, kedudukan tidur terlentang menggunakan graviti untuk memastikan badan tetap rata pada tulang belakang.

Ini sekali gus dapat membantu mengurangkan tekanan yang tidak diperlukan pada punggung atau sendi.

Selain itu, meletakkan bantal di bawah lutut anda dapat membantu menyokong lekukan semula jadi tulang belakang.

Tambahan itu, posisi ini bagus bagi mereka yang ingin kekal awet muda kerana ia membantu mencegah masalah kulit berkedut!

  • Posisi spooning

Bagi pasangan suami isteri, posisi memeluk daripada belakang dan dipeluk ini dikatakan mempunyai manfaat dalam menghasilkan hubungan yang lebih intim dan tidur berkualiti.

Ia menjadikan badan anda melepaskan bahan kimia yang disebut oxytocin yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres, membuatkan pasangan berasa lebih selamat dan tidur dengan lena.

1

Mari Mulakan Ujian Tahap Tidur Anda...

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Nak tidur cepat, cuba pakai stokin

Ramai yang mempunyai masalah tidur, sukar untuk melelapkan mata walaupun telah cuba berkali-kali untuk memejamkan mata. Tetapi ada yang mengatakan dengan memakai stokin akan membuatkan

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

0