Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

PKP Buka Jalan, Graduan UK Otak Bisnes Buat Duit Poket RM16 Ribu Sebulan

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik koronavirus (Covid-19) bukan sahaja membawa norma baharu dalam kehidupan masyarakat tetapi turut memberi impak baharu dalam hidup seseorang individu.

Sama ada ia sesuatu yang baik atau sebaliknya, tidak dinafikan bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang PKP, ada yang terasa terpenjara di kediaman sendiri namun ada yang mengambil positif situasi itu.

Riezal ketika penyerahan bantal hasil sumbangan pelanggannya kepada anak-anak yatim Rumah Anak Yatim dan Miskin Penyayang Sg Buaya, Jun lalu. Kredit foto FB Riezal.

Riezal Abdul Rahman, usahawan DAG yang baharu sahaja bertapak dalam perniagaan bantal tidak menunggu lama untuk merebut peluang ketika perlaksaan PKP.

Mula memacu langkah sebagai dropship, Riezal berkata dia  mempunyai target tersendiri untuk meletakkan dirinya sebaris dengan usahawan DAG yang lain.

Jelas Riezal, penglibatannya bersama DAG bermula Mei lalu, seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Katanya keterbatasan pergerakan ketika PKP menyebabkan dia terpaksa mencari idea lain untuk mengisi masa ketika berbulan bulan terperangkap dalam rumah.

“Kerjaya saya memerlukan saya untuk sentiasa travel. Bila dah kena lock, kita tak boleh keluar, jadi saya fikir apa yang saya perlu buat.. jadi saya mula mengkaji dan makcik saya mengesyorkan untuk bermula dengan bantal DAG.

“Saya bermula sebagai dropship selama seminggu, tempahan pertama saya adalah 4 biji bantal king dan tuala 5 helai. Ketika itu saya membeli untuk kegunaan sendiri untuk mencuba terlebih dahulu,” jelas bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.

Bermula dari situ, Riezal mula membuat perbandingan dengan bantal-bantal yang ada di pasaran termasuk bantal DAG.

Dan hasilnya dia berpendapat bantal DAG mempunyai kualiti yang bagus dengan harga mampu milik malah yakin dengan produk itu sekiranya dijual.

“Bila saya fikir, barang boleh jual jadi saya terus daftar sebagai pengedar dan mengambil stok bantal king sebanyak 20 biji dan 30 biji bantal H-Classic.

Walaupun mempunyai kerjaya hebat, Riezal tidak lepas peluang cari duit poket

“Tetapi ketika itu bantal H-Classic lambat dijual disebabkan PKP, stok sampai lambat dan pelanggan saya sudah mula bertanya… berbanding 20 biji bantal King yang berjual dalam masa setengah jam sahaja!

“Ketika bantal sampai, kawan-kawan saya ada kat rumah, habis semua diangkut. Kemudian saya ambil bantal King 50 biji dan terjual kurang dari sebulan,” katanya yang hanya fokus kepada jualan online di FB dan Whatapps sahaja.

Jelas lelaki yang berpangkalan di Bukit Jalil, kebanyakkan pelanggannya datang dari pelbagai negeri termasuk Labuan malah ada diantara mereka yang merupakan kenalan kepada pelanggannya yang terdahulu.

Riezal ketika ditemubual penulis di ibu pejabat DAG berkata dia meletakkan target jualan melebihi RM10 ribu sebulan meskipun hanya menggunakan platform iklan di Whatapps dan FB sahaja.

Riezal, 44, berkata dia menggunakan pendekatan berbeza dalam mengendalikan setiap pelanggannya bergantung kepada kesesuaian.

“Bila barang dah laku, saya seronok dan pentingnya cara berurusan dengan pelanggan apabila servis kita bagus jadi mereka akan syorkan kepada kawan-kawan mereka dan itulah yang membuatkan ramai pelanggan datang pada kita.

“Cara kita berkomunikasi dengan pelanggan akan memberi reputasi yang baik pada saya dan organisasi serta nama DAG secara amnya. Disebabkan itu saya terlebih dahulu akan bertanya pelanggan mengenai citarasa dan bajet mereka sebelum mengesyorkan produk tertentu.

“Kita tak boleh terus jual, pentingnya untuk kita tahu sama ada mereka mempunyai alergi atau tidak dan kesesuaian mereka. Ada yang suka bantal tinggi, ada yang sebaliknya. Ada pelanggan yang mempunyai asma, jadi saya kena kaji dulu bantal mana yang mereka perlu bukan main jual je. Sebab itu ada pelanggan saya yang recommended kepada kenalan mereka. Itu stail saya,” ujar graduan Master in Business and Management studies di Oxford Business School and English, United Kingdom.

Menggunakan ilmu dan kebijaksanaannya dalam perniagaan, Riezal kerap mendapat prospek dari pengusaha inap desa selain individu.

 

Graduan dari Oxford Business School and English, United Kingdom ini memanfaatkan sepenuhnya ilmu perniagaan yang diperolehnya ketika belajar sehingga kini.

Jelas anak jati Hulu Selangor ini, perniagaan bantal DAG merupakan bisnes sampingannya untuk menampung duit poket selain kerjaya hakikinya sebagai pembekal barangan perubatan.

Katanya dia berjaya membuat jualan peribadi sebanyak RM16 ribu pada Julai meskipun baharu dua bulan bergelar usahawan DAG. Wow!

Untuk rekod, Riezal merupakan salah seorang usahawan DAG yang berjaya menaiktaraf sebagai Premium Reseller dalam tempoh sebulan pelibatannya bersama DAG. Wow!

Bagi anda yang berminat mengikut jejak langkah Riezal, jom daftar sebagai usahawan DAG sekarang!

Jangan lepaskan peluang ini, ubah pendapatan anda sekarang.

PKP Buka Jalan, Graduan UK Otak Bisnes Buat Duit Poket RM16 Ribu Sebulan

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir