Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Pernah dibuang Kerja, Syauqi Buktikan Mampu Beli Rumah, Travel Hasil Jual Bantal

“Saya semakin seronok dengan kehidupan saya sekarang..” itu kata Master Leader terbaharu, Ahmad Syauqi Azraei Mohd Latiff.

Bergelar usahawan sejak setahun lalu, Ahmad Syauqi atau lebih dikenali dengan panggilan Syauqi berkata keputusannya untuk bergiat sepenuh masa dalam perniagaan bantal merupakan keputusan terbaik pernah dibuatnya.

Kata Syauqi, dia mula menjual bantal sepenuh masa sejak 1 Januari lalu melalui platform online dan car boot sale (CBS).

Bagaimanapun semangat menjual bantal itu hadir dan semakin membuak selepas menyertai kelas bersama CEO DAG, Tuan Das Abdul pada September tahun lalu.

“Dalam kelas Tuan Das pada bulan September lalu, beliau minta saya senaraikan impian, jadi saya tulis semua impian untuk tahun 2020.

“Saya impikan untuk pergi bulan madu di Jepun dan dapatkan sebuah rumah sendiri,” katanya.

 

Kelas bersama CEO, Tuan Das Abdul merupakan ‘turning point’ bagi Syauqi untuk mencapai satu persatu impiannya sebagai usahawan berjaya.

 

Nekad mencabar diri, Syauqi berkata dia mula mengatur langkah strategik dalam perniagaannya selepas diberhentikan kerja hujung tahun lalu.

Syauqi sebelum ini merupakan kakitangan sebuah syarikat GLC terkemuka terpaksa berhenti kerja selepas ditawarkan skim VSS (skim pemisahan sukarela) kerana kekangan ekonomi selesa.

Jelas jejaka berusia 33 tahun itu, keputusan itu menjadi penyuntik semangat baginya bergiat secara sepenuh masa dalam perniagaan bantal.

Ujarnya, dia kini aktif menjalankan CBS di sekitar Bertam, Kepala Batas selain mempromosi produk DAG secara online.

“31 Disember lalu, perkhidmatan saya berakhir jadi esoknya, saya terus buat CBS secara fulltime.

 

CBS milik Syauqi di Bertam, Kepala Batas.

 

Bermula detik itu, dia nekad bekerja keras untuk membuktikan dirinya mampu berjaya meskipun pernah menjadi mangsa ‘ekonomi negara’.

“Saya tak menyesal malah bersyukur.. kalau tak kena buang kerja mungkin saya tak nampak rezeki saya bersama bantal.

“Saya mula menyertai DAG pada Februari 2019, dan purata bagi jualan setiap bulan adalah RM9000 dan Jun lalu sebanyak RM11,000.

“Pendapatan bersih hasil jualan bantal setakat ni RM3000 hingga RM4000, kalau makan gaji mungkin akan dapat RM2000 lebih. Alhamdulillah kerja keras saya membuahkan hasil,” ujarnya.

 

Syauqi berjaya membuktikan dia juga mampu berjaya walaupun pernah dibuang kerja satu ketika dahulu.

 

Paling mengujakan Syauqi mendedahkan dengan hanya menjual bantal, dia telah berjaya mencapai dua impiannya yang disenaraikan ketika September lalu.

Perkara pertama adalah impian menjejakkan kaki ke bumi Sakura bersama isterinya.

“Alhamdulillah, pada Februari lalu saya dan isteri telah berjaya ke Jepun.

“Perasaan ketika itu lain macam, dapat reward diri sendiri, kepuasan itu maksimum. Sebelum ini kerja makan gaji saya tak sempat nak enjoy duit gaji, dari segi masa juga tak sempat, sentiasa tak cukup.

“Saya tak terfikir nak pergi melancong, tetapi bila diberi peluang dan ruang dengan hasil titik peluh sendiri, seronok tu tak dapat nak gambarkan,” ujarnya.

 

Kenangan bersama isterinya ketika melancong ke Jepun, Februari lalu.

 

Tidak terhenti di situ, anak jati Muar itu sekali lagi membuktikan dirinya mampu berjaya walaupun tanpa mempunyai kareer hebat.

Kejayaan itu bukan hanya untuk dirinya sendiri malah dikongsi bersama keluarga.

Berkat kerja keras Syauqi, dia berjaya memiliki sebuah rumah teres kos sederhana di Sungai Petani.

“Manakala pada Jun lalu saya telah menerima kunci rumah pertama saya, tak sangka begitu lancar urusannya kerana saya baru je booking bulan Januari lalu.

“Sebelum ini saya menyewa, dengan hasil jualan bantal saya dapat beli rumah separuh daripada duit deposit hampir RM30,000.. separuh daripadanya adalah daripada duit bantal, belanja ke Jepun hampir RM8000 juga sepenuhnya hasil jualan bantal,” katanya.

 

 

Jelas Syauqi, kerjaya baharunya sebagai penjual sepenuh masa menyebabkan dia semakin optimis dengan perjalanan hidupnya kini.

Katanya, dia kini mampu menguruskan masa dengan lebih teratur selain memberi keutamaan kepada keluarga.

Malah dia kini dalam perancangan untuk mengubahsuai rumah baharunya dan mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci tahun depan.

Selain itu ujar Syauqi, dia juga menyasarkan untuk memiliki kenderaan yang lebih besar bagi memudahkan urusannya membawa stok bantal.

“Ada perancangan lain tapi tertangguh sebab PKP, saya suka reward diri saya dengan travel.

“Fokus sekarang untuk renovate rumah, dalam RM30,000 sekarang tengah kumpul duit dan target habis tahun ini.

“Tahun depan nak pergi umrah bersama isteri.  Selain itu 2021 nak capai kereta impian, Ford Ranger atau Toyota Vellfire  senang nak bawa stok balik kampung atau ke mana-mana,” katanya.

 

 

 

Bagaimanapun hasil yang dimiliki kini bukan dari kerja yang ‘biasa-biasa’. Ini katanya kerajinan dan semangat yang tinggi perlu ada selain kerja keras  yang berpanjangan.

Ujarnya dia pernah menjana hasil jualan sehingga RM2000 sehari.

Syauqi berkata dia sering mencari peluang untuk menjana pendapatan. Malah dia juga tidak akan melepaskan peluang menjalankan aktiviti CBS meskipun ketika berada di kampung.

“Saya balik kampung di Johor selama dua minggu, saya buat CBS dekat sana dan saya berjaya jual 50 biji bantal. Sebab tu saya cakap kita kena rajin.

“So far saya seronok setiap hari jumpa orang baru, tak terikat dan terkongkong dengan komitmen kerja lain.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Untuk rekod, Syauqi kini bergelar Master Leader setelah hampir dua tahun bersama DAG. Tahniah Syauqi!

 

Baca: “Saya nak tolong tapi tak tahu macam mana” – Ketepikan Soal Untung, Abang Bantal Tolong Mangsa Kemalangan Viral

 

 

Pernah dibuang Kerja, Syauqi Buktikan Mampu Beli Rumah, Travel Hasil Jual Bantal

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir