Istimewa Aidiladha tahun ini
Kesempatan ini diambil setelah berbulan-bulan kerajaan tidak membenarkan aktiviti rentas negeri sehinggalah 10 Jun lalu. Bagaimanapun ramai yang menanti tibanya hari raya untuk pulang ke desa untuk menyambut raya bersama.
Aidiladha kali ini sememangnya dinantikan. Ada yang bercuti sehingga seminggu untuk bersama-sama keluarga di kampung, ada juga yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas pada malam raya sehingga 16 jam semata-mata ingin merasa nikmat beraya di kampung.
Namun begitu, tahukah korang apa maknanya hari raya mengikut Islam?
Sebenarnya dalam Islam dua hari raya itu sangat besar maknanya kerana ia dirayakan bersempena ibadat rukun Islam.
Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji, bersempena ibadah haji yang dilaksanakan umat Islam yang berkemampuan di tanah suci Mekah.
Aidilfitri didahului dengan ibadat puasa manakala ibadat haji mengiringi Aidiladha. Kedua-duanya besar cuma Aidiladha bersifat tuntutan.
Aidiladha sinonim dengan rukun Islam iaitu mengerjakan haji di Mekah. Haji adalah rukun Islam kelima. Bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal dengan kewangan yang kukuh, mereka wajib untuk pergi menunaikan rukun Islam itu. Bagaimanapun tahun ini kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan 1000 jemaah sahaja – yang dipilih untuk menunaikan haji disebabkan pandemik Covid- 19.
Tetapi kedua-duanya sangat berkaitan. Aidiladha juga dipanggil ibadat korban manakala Aidilfitri ialah ‘bersih’ iaitu kembali kepada fitrah.
Korban di Kampung
Ironinya, sambutan aidilfitri biasanya lebih meriah lebih meriah berbanding aidiladha. Bagaimanapun Aidilfitri tahun ini disambut sederhana oleh semua umat Islam disebabkan pandemik Covid-19.
Ramai yang menyifatkan Aidiladha kali ini adalah seperti Aidilfitri. Ye lah, tak dapat balik kampung raya puasa, raya haji mesti dirai dengan meriah.
Takbir raya kali ini lain macam bunyinya. Perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Sayunya kerana ibadat korban akan dilakukan usai solat sunat Aidiladha dan gembiranya kerana dapat meraikan bersama keluarga dan berkumpul beramai-ramai.
Aidiladha
Aidiladha pula menuntut pengorbanan yang besar. Hari raya diwartakan Allah sebanyak empat hari iaitu 10 Zulhijjah diikuti dengan hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Begitu juga jumlah hari bertakbir untuk Aidilfitri hanya satu malam dan setengah pagi iaitu tidak sunat lagi bertakbir selepas imam selesai baca khutbah raya.
Manakala Aidiladha bertakbir selama empat hari empat malam. Aidilfitri diharamkan puasa hanya satu Syawal saja tetapi Aidiladha selama empat hari diharamkan berpuasa.
Sementara itu jom check out amalan sunat di pagi Aidiladha.
Baca ini: Istimewanya Zulhijjah Disisi Allah SWT