fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

PUAN NYZA PEMILIK BERTUAH TOYOTA VELLFIRE DAG BERNILAI HAMPIR 200 RIBU RINGGIT

PUAN NYZA PEMILIK BERTUAH TOYOTA VELLFIRE DAG BERNILAI HAMPIR 200 RIBU RINGGIT


Penantian selama hampir setahun terjawab apabila pemilik Vellfire DAG jatuh kepada insan bertuah Puan Yusniza Md Ali. Baru sahaja dinobatkan sebagai Master Leader DAG pada November lepas, beliau menyatakan ia ibarat mimpi dalam mimpi apabila kereta idaman menjadi miliknya. Menggamit kembali saat beliau diumumkan sebagai pemenang bertuah, suanan dewan sedikit kalut apabila Pengerusi Majlis, saudara Ali Puteh Maharaja Lawak menjemput CEO DAG Tuan Das Abdul dan COO DAG Puan Sapinah naik ke pentas untuk melakukan sesi cabutan bertuah. Masing-masing nmencari dan menunggu ketibaan Tuan Das ke pentas utama. Rupa-rupanya ia adalah gimik di mana pada ketika itu Tuan Das, isteri serta crew sudah berada di luar dewan untuk melakukan sesi cabutan tiket Vellfire live dari luar dewan. Sesuatu yang unik, baru serta menarik apabila boot Vellfire dibuka, Tuan Das sedang bersila di dalam Vellfire ditimbuni bersama tiket-tiket cabutan bertuah Vellfire yang telah dikumpul sejak April, 2017.Debaran makin terasa… Tuan Das memberi sedikit ucapan sebelum beliau melakukan sesi cabutan bertuah.

Selama hamper 2 tahun saya bersusah payah menjual bantal

“Selama hamper 2 tahun saya bersusah payah menjual bantal sehingga saya berada pada tahap sekarang dan saya tak belikan kereta untuk saya, saya tak belikan untuk isteri saya, saya tak belikan untuk anak-anak saya tetapi saya belikan untuk Reseller saya”. Usai cabutan dibuat di dalam Vellfire, tiket cabutan dibawa masuk sendiri oleh Tuan Das secara live
ke dalam dewan. Tiba di pentas, Penguri majlis menyatakan bahawa pemenang akan ditelefon sendiri oleh Tuan Das dan meminta hadirin semua bersiap sedia dengan telefon masing-masing. Keadaan menjadi sayu dan sebak apabila Tuan Das membuka tiket cabutan dan menunjukkan kepada isterinya nama pemenang dan mereka menangis. Kami yang berada di bawah pentas turut merasa sebak apabila Tuan Das memeluk bahu isterinya bersama kedua-dua anak yang berada di sisi. Tuan Das mendail nombor di telefon dan pada ketika itu terdengar suara meraung menangis dari bawah pentas. Semua kamera tertumpu kepada meja 12. Faizal, suami kepada Puan Nyza memeluk isterinya mententeramkan sambil mendukung anaknya Darwin di bahu. Kelihatan mereka berduamenangis gembira. Suasana ketika itu bercampur baur antara sebak dan gembira.

Sesuatu yang tidak disangka, Puan Yusniza menjadi pemilik Vellfire DAG. Walau bagaimanapun bagaimereka yang mengenali Puan Nyza dan suaminya Faizal, keputusan itu langsung tidak ralat kerana dengan kesungguhan, komitmen yang mereka berdua tunjukkan dalam bisnes bantal hotel DAG selama setahun setengah memang mereka layak menjadi pemenang bertuah.

Rezeki tidak pernah salah alamat, dan ia milik mereka yang berusaha keras. Akhirnya, penantian selama hampir 2 tahun menunggu siapakah insan bertuah memiliki Vellfire DAG
terjawab. Tahniah diucapkan kepada Puan Nyza, suaminya Faizal dan semua Team Nyza. Semoga dengan kemenagan itu memberikan lebih lagi semangat untuk berusaha dalam bisnes dan terus memberi manafaat kepada lebih ramai orang.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

PUAN NYZA PEMILIK BERTUAH TOYOTA VELLFIRE DAG BERNILAI HAMPIR 200 RIBU RINGGIT

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Mengenai kami

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved