Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

PANDUAN LENGKAP TENTANG SARUNG BANTAL

Kebanyakan masa, kita terlalu memberi perhatian terhadap bantal kita – ada yang terlalu gebu, terlalu padat ataupun yang ‘just right’. Namun bagaimanapun, berapa kerap kita memikirkan tentang cara nak melindungi bantal kita seperti sarung bantal kita sendiri? Sarung bantal seringkali tidak mendapat perhatian yang sepatutnya kerana ia merupakan faktor penting dalam memastikan keselesaan and kebersihan tidur anda. Memilih sarung bantal yang sempurna untuk kelengkapan katil anda akan membantu meningkatkan lagi jangka hayat bantal anda. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuatkan anda tidur dengan lena. Dengan ini, kami di Das Abdul Global, ingin menampilkan 3 faktor utama dalam panduan berguna memilih sarung bantal anda.

Jenis Kain

Seperti kain cadar yang sering kita gunakan, sarung bantal yang ada di pasaran mempunyai variasi jenis kain, ada yang organik, ada yang sintetik. Apabila kita hendak membeli sarung bantal yang baru, tindakan terbaik untuk anda adalah berdasarkan jenis kain yang digunakan. Kain mempunyai faktor yang kuat dalam menjamin kedua keselesaan serta jangka hayat sarung bantal anda. Untuk pilihan paling bagus bagi mempunyai tidur yang selesa dan kelembutan yang tidak terkata, kami sarankan anda mengguna sarung bantal yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang berkualiti tinggi.

Sememangnya, kelembutan kain satin atau kain poliester yang lain akan mempengaruhi anda pasa saat pertama anda merasa kain mereka, namun kualiti tersebut merupakan hasil daripada material sintetik yang akan menyukarkan bantal anda untuk bernafas serta susah untuk dijaga. Akan tetapi, sarung bantal keluaran Das Abdul Global sendiri seperti daripada 4 Seasons Collection by DAG Home diperbuat daripada kualiti yang tinggi yang membuatkan produk kami mudah untuk dijaga pada jangka hayat yang lama. Sarung bantal kami dibuat khas untuk melindungi bantal tidur anda dan melanjutkan lagi jangka hayat mereka supaya boleh digunakan untuk masa yang lama dan menjaga kualiti pada masa yang sama.

Saiz Sarung Bantal

Apabila anda telah selesai dalam memilih kain fabrik yang terbaik untuk keselesaan tidur anda, sekarang adalah masa untuk anda fikirkan tentang saiznya pula. Secara logikal, semestinya kita ingin memilih sarung bantal yang sepadan dengan saiz bantal kita, bukan? Percayalah, ia boleh menjadi rumit jadi kami cadangkan anda untuk membuat semakan yang betul. Secara umum, sarung bantal mempunyai 4 saiz berbeza:

  • Euro: 26×26 inci, bentuk petak, selalunya jenis bantal yang menggunakan saiz ini adalah bantal yang sering disandarkan pada kepala katil anda.
  • Standard: 20×26 inci, saiznya segi empat tidak sekata, dicadangkan untuk bantal twin, full  dan queen.
  • King: khas buat katil king, tinggi 20 inci panjangnya pula 36 inci.
  • Boudoir: bantal kecil yang sering digunakan untuk dekorasi.

Perbezaan Sarung Bantal

Sekarang tiba masanya untuk anda tahu perbezaan sarung bantal yang ada. Jangan keliru, ada dua jenis sarung bantal diluar sana. Satu digunakan secara am, untuk melindungi bantal anda dan meningkatkan keselesaan serta kualiti tidur anda. Yang kedua pula jenis yang berfungsi sebagai dekorasi bantal anda. Seperti yang sering anda gunakan untuk throw pillows anda, dimana dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil Pillow Shams. Pillow Shams sering digunakan untuk bantal perhiasan seperti Euro ataupun Boudoir. Ia tidak sesuai digunakan untuk tidur kerana jenis kainnya tidak sesuai untuk kulit kita.

PANDUAN LENGKAP TENTANG SARUNG BANTAL

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir