Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Orang Cina Ada Ip Man, Kita Ada Mat Kilau

Belum habis lagi orang bercerita mengenai filem Mat Kilau, fenomena yang dikira berjaya mengangkat semula populariti genre filem tanah air di hati penggemar filem.

Pasti ramai yang menontonnya, namun masih ramai lagi yang belum berkesempatan menontonnya, secara jujur hampir keseluruhan yang menonton memberi ‘score’ mengujakan dalam setiap babak yang dipertontonkan.

Nak cerita lanjut, orang filem lebih layak. Tapi dari mata penonton, filem ini banyak mengangkat sejarah Melayu dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Tak hairan lah kalau dalam tempoh tujuh hari tayangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta.

Sekaligus menjadikan ia filem epik Melayu pertama yang pecah panggung. Rentetan kejayaan itu, ramai penggiat seni tempatan termasuk dalam kalangan penonton mahukan kesinambungan filem Mat Kilau.

Ia bakal mengatasi kutipan tertinggi filem Malaysia yang disandang filem Munafik 2 sebanyak RM37.74 juta.

Lebih bermakna, apabila sutradaranya menyampaikan mesej keTuhanan dan keIslaman kepada penonton. Memperlihatkan, bahawa sesebuah bangsa akan menjadi kuat, apabila menjunjung agamanya ditahap yang tertinggi dalam jiwa dan sanibari.

Jika orang Cina berbangga dengan filem Ip Man, maka kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan filem Mat Kilau ini. Kita mesti memberi sokongan padu, supaya filem pejuang yang lain pula akan diangkat.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Eh jap jap sebelum tu untuk makluman anda DAG kini mengeluarkan tuala bersaiz super duper besar dengan saiz yang sangat besar 40″ X 60″.

Kluaran kali ini masih lagi mengekalkan kualiti 100% Cotton Terry yang mampu menyerap sehingga 2 liter air. Wowww!

Hubungi reseller DAG terdekat anda untuk keterangan lanjut.

Alaminya dengan DAG Home!

 

Orang Cina Ada Ip Man, Kita Ada Mat Kilau

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir