Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Nak Balik Kampung? Tinggalkan Rumah Anda Dalam Keadaan Selamat

Bulan Ramadhan hanya berbaki kurang daripada 10 hari lagi, semangat raya semakin berkobar-kobar. Mana tak nya dah dua tahun tak dapat pulang beraya ke kampung. Tahun ini perasaan teruja tu lain macam.

Namun begitu, jangan sampai terlupa perkara yang ANDA MESTI LAKUKAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH.

1. Bawa Balik Barangan Berharga Jika Perlu

Segala kemungkinan mungkin akan berlaku, jadi elakkan
elakkan daripada meninggalkan barangan berharga di rumah seperti wang tunai, barangan kemas, laptop dan sebagainya.

Berdasarkan statistik, rekod jenayah pecah rumah dan kecurian biasanya mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.

2. Cabut Penutup Kepala Tong Gas dan Tutup Punca Kuasa Elektrik

Haaa ini sangat penting bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pastikan kepala tong gas di dapur rumah anda ditanggalkan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Ini bagi mengelakkan berlakunya risiko kebocoran dapur atau hos gas yang boleh membawa kepada kebakaran.

Selain itu, pastikan semua suis dimatikan dan cabut semua plag perkakas elektrik di kediaman anda ditanggalkan daripada soket.

3. Biarkan Lampu di Hadapan Rumah Terbuka

Ini bagi mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni walaupun tiada orang dalam rumah.

Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk.

4. Kunci Pintu dan Tingkap

Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci pendua (spare key) rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di dalam pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah.

5. Maklum Kepada Pihak Polis

Anda digalakkan memaklumkan ketiadaan anda kepada balai

polis berdekatan dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak polis akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda sekali gus membantu menjaga keselamatan kediaman yang ditinggalkan.

Dalam pada itu jangan lupa promosi Kempen Tukar Bantal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebeum berakhir 11 Mei ini.

Beri saja kepada kami bantal buruk anda dan dapatkan bantak baharu DAG sekarang!

 

Nak Balik Kampung? Tinggalkan Rumah Anda Dalam Keadaan Selamat

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir