Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Moody Sepanjang Puasa? Jom Ikuti Tips Ini

“Dah namanya puasa mestilah tak boleh makan dan minum”

Menurut Dr Norashikin Amran pengambilan makanan yang terhad berbanding hari biasa menyebabkan tubuh badan manusia akan kehilangan banyak tenaga ketika berpuasa.

Bagaimanapun beberapa tips untuk kekal aktif dan cergas sepanjang hari pada bulan Ramadhan mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.

Ikuti beberapa tips daripada Dr Norashikin:

1. Jangan tinggalkan sahur.

Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah penting untuk memberi tenaga selama seharian kita berpuasa. Makanlah makanan yang sihat semasa bersahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.

Karbohidrat kompleks seperti oat, nasi perang atau roti perang dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama.

2. Pastikan masih mengambil ubat-ubatan.

Buat pesakit kronik, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sama ada anda boleh berpuasa atau tidak.

Ubat-ubatan tidak sepatutnya diberhentikan semasa berpuasa tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

3. Elakkan pengambilan kafein.

Orang yang berpuasa sebaik-baiknya perlu menghindari minuman berkafein seperti kopi, teh, air coklat dan air berkarbonat kerana ia bersifat diuretik.

Pengambilan kafein ketika bersahur akan menyebabkan seseorang kerap kencing selain membuatkan mulut berasa kering dan dahaga.

4. Minum air secukupnya.

Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah yang sama dengan semasa kita berpuasa. Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari, mengikut berat badan anda.

5. Kawal nafsu di bazar Ramadan.

Senaraikan juadah yang ingin dibeli dan bajet anda sebelum pergi ke bazar. Ketika di bazar Ramadan, beli daripada penjual yang mengamalkan kebersihan, tidak membiarkan makanan terdedah dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Pilihlah makanan yang sihat dan seimbang.

6. Berbuka dengan makanan seimbang.

Semasa berbuka puasa, mulakan dengan dua biji kurma dan segelas air kosong. Cuba elakkan daripada mengambil air yang manis.

Untuk makanan, amalkan pengambilan makanan ‘Suku Suku Separuh’. Untuk suku pertama pinggan boleh diisi dengan karbohidrat seperti nasi, mi atau roti.

7. Lakukan senaman ringan.

Anda masih boleh bersenam dengan melakukan senaman intensiti sederhana atau rendah selama 30 minit, 3-4 kali seminggu. Antara contoh aktiviti yang boleh dibuat adalah seperti berjalan, berbasikal, yoga ataupun latihan rintangan.

Bulan Ramadan bukanlah bererti kita hanya akan kelesuan sepanjang masa. Amalkan tip-tip diatas agar anda lebih sihat dan bertenaga untuk bekerja serta beribadah di bulan yang mulia ini.

8. Cukup tidur.

Tidur yang berkualiti mampu mengekalkan kecergasan sepanjang hari meskipun anda sedang berpuasa. Ini kerana tubuh badan akan menghasilkan tenaga ketika badan anda sedang berehat dan tidur.

Untuk mendapatkan tidur yang cukup, selain daripada mengikuti tips diatas, pilihan bantal yang betul juga memainkan peranan.

Macam mana nak tahu bantal apa yang sesuai dengan anda?

Dapatkan khidmat nasihat daripada reseller DAG di seluruh negara atau hubungi admin kami.

Oppppss sebelum itu, jangan lupa Kempen Tukar Bantal DAG masih lagi berjalan sehingga 11 Mei ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan bernilai RM1500!!!

Hubungi kami sekarang!

Moody Sepanjang Puasa? Jom Ikuti Tips Ini

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir